9 Ogo 2010

Rakyat Tidak Akan Berdiam Diri Dengan Kezaliman

Bantahan Anti ISA Merebak Ke London, Anifah Terkedu

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman disambut dengan laungan 'Anti ISA' dan 'Mansuhkan tahanan tanpa bicara' oleh aktivis Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di luar bangunan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London semalam.

Beliau yang tiba di kotaraya itu dalam sesi rangka lawatan kerja ke United Kingdom dan Jerman bermula 1 Ogos lalu terkedu dengan laungan dan bantahan aktivis yang menentang sekeras-kerasnya akta drakonian itu dan menggesa kerajaan Umno-Barisan Nasional memansuhkan segera undang-undang lapuk yang sudah bertapak dinegara ini sejak 50 tahun lalu.

Sekumpulan 30 aktivis berhimpun di luar bangunan suruhanjaya itu untuk menyampaikan bantahan mereka kepada Anifah menyebabkan tetamu yang telah berada di dalam bangunan Pesuruhjaya Tinggi itu terpaksa menunggu lama untuk mendengar ucapan Menteri Luar itu.

Anifah juga dijangka menyampaikan ucapan beliau kepada ketua komuniti dan pelajar Malaysia di London untuk memberi penerangan berhubung situasi semasa polisi kerajaan.

Menurut sumber, kebanyakan peserta demonstrasi adalah daripada kalangan muka baru yang menggunakan pembesar suara sambil melaung-laungkan "Hentikan tahanan tanpa bicara".

Turut hadir, Six Oranges, penerbit filem berhubung isu sosial yang berpangkalan di London - mereka kini dalam proses menerbitkan dokumentari mengenai ISA.

Sebelum ini di lapan lokasi di seluruh negara, pihak polis menahan 30 peserta perhimpunan aman anti ISA pada 1 Ogos lalu termasuk di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.

Antara yang ditahan pada sambutan sempena ulangtahun ke-50 kewujudan ISA, Pengerusi Gerakan Mansuh ISA Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kepada kepada orang awam supaya tidak menghadiri perhimpunan memasang lilin yang dianggap sebagai perhimpunan haram. -SK


Presiden Pakistan dilempar kasut

BIRMINGHAM: Presiden Pakistan Asif Ali Zardari menerima lemparan kasut ketika mengakhiri lawatannya ke Britain dengan menyampaikan ucapan pada satu perhimpunan politik di sini semalam.

Beliau berhadapan kritikan dan penunjuk perasaan kerana meneruskan lawatan ke luar negara ketika Pakistan dilanda banjir teruk yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,500 orang.

Pada perhimpunan itu, seorang lelaki melempar kasut ke arah Asif tetapi tersasar, sementara di luar Pusat Konvensyen Antarabangsa di Birmingham, lokasi beliau berucap, polis mengepung lebih 100 penunjuk perasaan.

Asif semalam menyifatkan kunjungannya ke Britain sebagai berjaya kerana dapat mengumpul beribu-ribu pound Sterling buat mangsa banjir di Pakistan.

Kira-kira 2,000 hadirin berkumpul di pusat konvensyen tersebut bagi mendengar ucapan Presiden itu serta pemimpin-pemimpin lain daripada Parti Rakyat Pakistan (PPP).

Kunjungan Asif ke Britain juga penuh ketegangan kerana ia dibuat tidak lama selepas Perdana Menteri Britain David Cameron menuduh Pakistan ‘membawa ketakutan’.

Kenyataan Cameron itu membangkitkan kemarahan rakyat Pakistan dan mengakibatkan tercetus perselisihan diplomatik, kerana kenyataan itu dibuat ketika kunjungan Cameron ke India.

"Kita mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Britain dan masalah yang ada telah diselesaikan dengan bantuan penggubal undang-undang Pakistan," kata Asif semalam pada satu perhimpunan di mana poster isterinya yang mati dibunuh, bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto, digantung di dinding.

Beliau diiringi anak perempuannya, Asifa yang memakai selendang berwarna putih.

Di luar dewan, sebahagian penunjuk perasaan mengangkat sepanduk tertulis ‘Amerika Syarikat (AS) keluar dari Pakistan dan Afghanisan’.

Sehari sebelum itu, anak lelaki Asif yang juga pengerusi bersama PPP, Bilawal Bhutto Zardari, merayu bantuan untuk mangsa banjir di Pakistan.

Harga barangan keperluan melambung tinggi

Sementara itu di ISLAMABAD, rakyat Pakistan hari ini bergelut dengan masalah kenaikan harga buah-buahan dan sayur-sayuran yang melambung tinggi, berikutan banjir yang memusnahkan sekurang-kurangnya 570,000 hektar tanaman.

Harga barangan keperluan yang melonjak itu menambah lagi derita penduduk negara itu yang sudah pun dibelenggu kemiskinan dan masalah kekurangan makanan sebelum banjir melanda negara ini dua minggu lalu.

Pakistan bekerjasama dengan agensi bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan lebih 100,000 penduduk dan menyalurkan bantuan makanan serta tempat perlindungan kepada beribu-ribu yang lain.

Namun kerajaan menghadapi kesukaran untuk menangani bencana sebegitu buruk yang dianggarkan telah menjejaskan kehidupan 13 juta penduduk.

Keadaan dijangka bertambah buruk kerana Pakistan dilanda hujan lebat lagi hari ini.

"Banjir memusnahkan tanah pertanian dan menghanyutkan tanaman sayur yang sudah sedia untuk dituai.

"Hasil tanaman yang dapat diselamatkan tidak dapat dipasarkan kerana jalan musnah dan hubungan komunikasi terputus," kata seorang petani di bandar Multan, tengah negara ini.

Sekurang-kurangnya 570,000 hektar tanaman musnah di wilayah Punjab yang merupakan sumber bahan makanan untuk seluruh Pakistan, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AP


Ulasan GB

Rakyat sekarang bukan seperti rakyat yang difikirkan oleh UMNO BN serta pencacai mereka seperti Peguam Negara, SPRM, SPR, Polis dan sebagainya.

Rakyat yang hidup di era digital ini adalah rakyat yang bermaklumat, rakyat yang berani menghadapi apa jua kemungkinan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Telah berlalu zaman dimana UMNO BN dengan segala pencacainya untuk melakukan pembodohan ke atas rakyatnya. Ini zaman k-workers, k-community, k-people. "K" yang membawa pengertian "knowledge-based".

Anda hendak menekan dan menzalimi rakyat? Anda wajar menanggungnya sendiri.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mansuh ISA! mansuh saman ekor! mansuh UMNO dan BN!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pergi jahanam kamu pemimpin umno semua...kami bukan bodoh....buatlah apa yang kamu suka sekarang ini...tapi ingat....DALAM PRU 13 NANTI KAMI AKAN AJAR KAMU DENGAN BAYARAN TUNAI!!!

Matketor berkata...

Di manakah hendak diletakkan wajah wajah kita sebagai rakyat Malaysia apabila masyarakat dunia melihat, menilai dan menegur kita kerana rasuahnya UBN, zalimnya UBN, sombong & bongkaknya UBN serta kebusukan UBN..bersipongang di seluruh alam menyatakan jangan UBN, no UBN, fikir dulu UBN, please UBN tapi juak juak, katak katak, ulamamak ulamamak tetap menghangguk juga walaupun memalukan rakyat dan negara di mata dunia..

Tanpa Nama berkata...

Anifah Aman? Masih teringat lagi lebih 10 tahun dulu mamat ni jadi Presiden Persatuan Bolasepak Sabah! Dia cukup samseng!

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran, depa ni memang muka tak reti malu. Buat muka toya aje. Depa bukan reti malu. kalau dibogelkan pun depa tak kisahnya, asalkan kuasa tetap di tangan depa

Tanpa Nama berkata...

rakyat makin ditindas UMNO/BN macam israel menindas palestin

Tanpa Nama berkata...

tahniah PAS telah menubuhkan BELA untuk membela rakyat yang ditindas UMNO/BN, harga insuran kenderaan tinggi menunjukkan BN kehabisan modal dan wang