9 Ogo 2010

Rakyat Semakin Marah Dengan Perkembangan Sistem Kehakiman Negara

Peguam Gobind Singh Deo menuduh Jabatan Peguam Negara menyembunyikan bukti yang dipercayai boleh menjejaskan perjalanan inkues Teoh Beng Hock yang bermula tahun lalu.

Terdahulu peguam keluarga Teoh menemui dengan koroner Azmil Munthapa Abas di kamarnya sebelum keluar dengan perasaan tidak memuaskan dan marah.

“Kami tidak mahu menerima keadaan ini tanpa memberi reaksi,” kata Gobind kepada pemberita.

Gobind membidas tindak laku Peguam Negara sambil mengingatkan bahawa kes itu menarik perhatian antarabangsa.

“Peguam Negara mesti menjelaskan perkara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Puchong itu berkata bukti itu wujud sejak Oktober lalu, tiga bulan selepas pembantu politik pemimpin DAP itu ditemui mati.

“Malah mereka ada bukti itu sebelum bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat Teoh tetapi mereka tidak memberitahu kami,” katanya.

Prosiding inkues Teoh Beng Hock ditangguh kepada 18 Ogos.

Gobind memberitahu koroner membuat keputusan itu selepas pihak yang membantu koroner itu dalam inkues memberitahu bukti baru akan dikemukakan.

Azmil membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri Gobind, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor, peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Abas dan Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pada tarikh itu juga, pakar forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand akan memberi keterangan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Di luar mahkamah, Gobind memberitahu pemberita keadaan wujudnya bukti baru menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

“Sekarang bukti baru dikemukakan kepada kami, tetapi bukan baru bagi mereka. Mereka mempunyai dokumen itu yang dalam pemilikan mereka sejak Oktober lepas,” katanya yang dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu pagi ini.

Sebelum prosiding bermula, beliau memohon supaya semua pihak berbincang dalam kamar kira-kira pukul 10.37 pagi.

Sejam kemudian, Gobind dilihat keluar dari kamar dan masuk ke dalam mahkamah tanpa berkata apa-apa dan kelihatan marah.

Hanya 15 minit kemudian kesemua pihak keluar tetapi enggan menyatakan apa-apa dan menurut Tan mahkamah hanya memutuskan kes disambung minggu depan.

Sejam kemudian barulah Gobind bersedia memberi sidang media.

Laporan Bernama menyebut, Gobind akan memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Sementara itu, Malik Imtiaz berkata semua dokumen yang relevan sepatutnya diserahkan kepada semua pihak dan selama ini beliau menganggap semua dokumen telah lengkap.

Katanya, keadaan ini akan memberi kesan kepada semua pihak yang terlibat dan timbul persoalan di pihaknya kenapa bukti tersebut tidak diserahkan lebih awal.

Ramai saksi termasuk pegawai SPRM, pakar patologi dan rakan Teoh telah dipanggil memberi keterangan pada prosiding yang bermula sejak 29 Julai tahun lepas.

Hari ini sepatutnya pegawai penyiasat memberi keterangan manakala pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand pula dijangka memberi keterangan berhubung laporan bedah siasat kedua pada 18 Ogos ini. -TMI


Gani Patail Sengaja Simpan Bukti Kes Teoh Beng Hock

Proses mahkamah berhubung inkues kematian Teoh Beng Hock telah dicemari dengan tindakan Peguam Negara yang sengaja melengahkan bukti dan dokumen dalam kes berkenaan.

Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa Gobind Singh Deo, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengakui memiliki dokumen tersebut sejak Oktober tahun lalu.

Bagaimana pun, selepas lebih setahun, kini pihak pendakwa raya tampil menyatakan memiliki dokumen baru berkaitan kes itu.

"Dokumen ini telah dihasilkan lama dahulu, saya ingin bertanya Peguam Negara untuk beritahu kami apakah dokumen yang mereka ada tidak dikemukakan. Ini adalah hal yang sangat serius dan saya fikir Peguam Negara perlu hentikan permainan ini.

"Kes ini bukan sahaja mendapat perhatian di sini tetapi juga di luar negara. Kami telah tunggu setahun dalam pendengaran ini. Ramai pakar telah memberikan bukti dari bedah siasat kedua yang telah dibenarkan dijalankan," kata Gobind.

Tambah beliau, tindakan Abdul Gani sengaja melengahkan dokumen itu dikemukakan seminggu sebelum saksi penting dipanggil iaitu pakar patalogi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

"Sebab saya katakan ini adalah mudah, dokumen ini adalah penting. Dokumen ini perlu disediakan lebih awal kerana ini boleh mengubah asas kes ini secara signifikan," ujarnya.

Beliau berkata Abdul Gani sepatutnya meletakkan jawatan disebabkan tindakannya menyimpan bukti berkenaan dan sebuah suruhanjaya diraja perlu dibentuk segera.

"Saya rasa sekarang adalah masa kita akan mendesak Suruhanjaya DiRaja. Adalah jelas apa yang terjadi pagi ini, ada dokumen dalam pegangan Peguam Negara yang tidak diberi kepada kami. Dan sekarang, mereka kata ada bukti baru, tetapi ini bukan baru kepada mereka.

Katanya, pihak keluarga Beng Hock telah menunggu sekian lama untuk mendapatkan keadilan terhadap mendiang.

"Ini adalah hari gelap bagi keadilan di Malaysia. Ini adalah cara Peguam Negara bertindak," tegas Gobind lagi.

Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor berkata, dokumen berkenaan penting kerana pihak peguam keluarga mangsa dapat meneliti bukti berkenaan dan saksi yang disoal mungkin berbeza jika dokumen itu didedahkan lebih awal kepada mahkamah.

Sebelum itu, inkues kematian Beng Hock menimbul persoalan apabila para peguam menemui koroner Azmil Mustapha Abas dalam kamarnya bagi membincangkan isu berkaitan dokumen berkenaan.

Malik Imtiaz, Ketua Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abdul Razak Musa dan peguam yang mewakili kerajaan Tan Hock Chuan bertemu bagi membincangkan perkara itu dalam kamar koroner sebelum Gobind berang dan keluar meninggalkan kamar koroner.

Koroner hari ini juga memutuskan tidak memanggil dua saksi yang dijadual memberi keterangan hari ini iaitu Lee Wye Weng dan Mohd Harun Abdullah yang disiasat SPRM pada petang yang sama Teoh disoalsiasat.

Sementara itu, inkues kematian pembantu politik itu ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini Dr Pornthip dijangka akan memberi keterangan dalam inkues itu. -SK


Ulasan GB

Memang sistem kehakiman negara terus diperkosa, diperkosakan oleh Peguam Negara yang jijik sifatnya bagi mempastikan dua konspirasi berjalan serentak dalam satu masa. Konspirasi inkues Teoh Beng Huat untuk menunjukkan kononnya Teoh membunuh diri dan kospirasi liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Negara ini adalah Peguam Negara paling dasyat yang negara pernah miliki. Dan hakim-hakim menjadi durjana dan bacul lantaran si peguam Negara ini.

Sifat marah rakyat akan terus membara. Peguam Negara dansekalian para hakim yang durjana akan tetap menerima balasannya. UMNO BN perlu ditumbangkan bagi mempastikan integriti sistem kehakiman diletakkan di tempat yang lebih murni sebagai payung kebenaran dan keadilan untuk rakyat jelata.

Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat yang ramai di Parlimen tak mampu berbuat apa-apa?

5 ulasan:

rmj berkata...

Quote"Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat yang ramai di Parlimen tak mampu berbuat apa-apa?"unquote

Apa kah maksud kata kata ini?

Adakah mereka tak buat kerje?

Adakah mereka tidak mempunyai kuasa,hak,atau mana mana yg sama maksud dgn nya.

Jika mereka tak mampu,siapa yg.mampu?

Cakap biar terang.

kembara putih berkata...

Selagi ada Ghani Petail, selagi tu la badan kehakiman semakin jahanam. Peguam Negara yang dilantik atas sebab pandai menipu dan pandai membuat konspirasi, bukan sebab merit, kekananan @ pengalaman.

Ghani Petail...1 lagi talian hayat UMNO.

Matketor berkata...

kalau dah peguam negara pun menjadi cemuhan dan cacian rakyat..apatah lagi kredibiliti hakim hakim yang korup..sentiasa rakyat perhatikan..begitu juga KPN dan KDN..asyik mengeluarkan ugutan dan ancaman..jangan ingat rakyat bodoh dan biul..lima tahun sekali kuasa rakyat akan menentukan kedudukan kamu semua pencacai UBN...bukan kuasa polis, bukan kuasa hakim, bukan kuasa peguam negara, bukan kuasa PM, bukan kuasa puaka....tapi kuasa rakyat..

Tanpa Nama berkata...

selagi BN perintah Malaysia bagaimana nak betul? bapak borek anak rintek...

Tanpa Nama berkata...

orang yg nyanyok cakapanya tidak boleh dipakai perbuatanya boleh menimbolkan masaalah begitulah umno/bn oleh kerana sudah lama merentah negara seperti orang nyanyok tadi apa saja tindakan hanya menimbulkan masaalah keapada rakyat,untok selesai masaalah hantar saja kerumah orang tua.