Peguam bela kes Fitnah II, Karpal Singh mencabar mahkamah supaya mengheret bekas Timbalan Pendakwaraya, Farah Azlina Latiff dan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didapati telah menjalinkan 'hubungan romantis' ke kandang saksi bagi menafikan dakwaan tersebut.
Peguam utama, Karpal Singh yang ditemui media di lobi mahkamah menjelaskan bahawa adalah perlu bagi kedua-dua mereka untuk tampil menafikan hubungan tersebut. Beliau berhujah bahawa, 'hubungan sulit' tersebut didakwa bersalahan dengan etika perundangan dan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Mahkamah mesti menjadi tempat untuk kedua mereka menafikan hubungan itu. Perkara seperti ini (hubungan sulit pasukan pendakwaan dengan saksi utama) tidak pernah berlaku di mana-mana di negara Komanwel. Oleh itu, mereka sendiri yang perlu hadir dan berikrar di dalam mahkamah, dan bukannya diwakili oleh mana-mana pihak," tegas Karpal.
Beliau dalam pada itu menjelaskan bahawa apa yang dimaklumkan oleh anak guamnya bukannya 'cakap dengar', tetapi merupakan fakta dan kenyataan. Oleh yang demikian, kenyataan penafian oleh kedua-duanya tampil ke mahkamah sangat diperlukan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohamad Diah dalam kamarnya berkata keputusan sama ada Farah dan Saiful akan dibuat petang ini apabila perbicaraan bersambung semula.
"Saya akan tentukan dalam kenyataan sama ada perlu atau tidak untuk memanggil Farah Azlina dan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada jam 2.15 petang ini. Dengan itu mahkamah ditangguhkan," katanya dalam penangguhan tersebut.
Perbicaraan kes Fitnah II ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 9.30 pagi tadi dengan pasukan peguam bela membuat permohonan untuk mengenepikan pertuduhan.
Terdahulu sebelum itu, ketua pasukan pendakwaan, Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin membantah permohonan tersebut dengan hujah bahawa, tindakan untuk membawa kedua mereka adalah 'umpan' bagi membenarkan dakwaan tentang 'cakap-dengar' yang dikatakan oleh Anwar.
"Hujah untuk memanggil mereka berdua tidak berasas. Ini kerana kenyataan beramaran yang diberikan oleh Saiful kepada Timbalan Pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat, Judy Pereira sudah cukup untuk membuktikan, bahawa Saiful tidak mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat tersebut dari Farah," katanya.
Pada 27 Julai yang lalu, Peguam Negara, Datuk Abdul Gani Patail mengeluarkan Farah daripada pasukan pendakwaan. Beliau kemudiannya ditukarkan ke jabatan lain.
Dakwaan itu didedahkan pengendali laman blog Malaysia Today yang terkenal, Raja Petra Kamruddin. -SK

3 ulasan:
Adakah mahkamah akan merasa tercabar lalu terus membuat keputusan memanggil epul dan Farah?..sejak bermulanya perbicaraan kes DSAI ini tak pernah sekali pun mahkamah bersikap berani...asyik nak konar aje..tak berani nak bagi semua dokumen dan barang kes..tak berani nak panggil najib altantuya sebagai saksi walaupun saksi pendakwa..boleh blahlah hakim hakim korup semua..korang memang rakyat akan cari kalau UBN terlungkup nanti..
buat kerja tipu,makan duit haram,hati jadi hitam legam tak kenal dosa pahla.
Minta-minta mereka berdua ni kena tangkap basah atau betina tu mengandung anak luar nikah!
Catat Ulasan