13 Ogo 2010

Polis Salahguna Kuasa Perlu Dipantau Dan Dihukum

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat secara terbuka tindakan menyalahguna pasukan polis dan Light Strike Force (LSF) lalu semasa perhimpunan anti ISA dan nyalaan lilin yang diadakan secara aman dan teratur di Padang Timur, Petaling Jaya 1 Ogos lalu.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh mahu Suhakam memberi laporan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan displin terhadap pihak polis berhubung kekerasan dan tindakan melampau ke atas peserta perhimpunan.

"Kami juga berharap mendesak Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula Kanun Keseksaan (Panel Code) dan Akta Polis 1967 dan mencadangkan agar memansuhkan semua bahagian yang menghadkan kebebasan berhimpun dan bersuara.

"Kami menyeru Suhakam meneruskan pemantauan dalam setiap perhimpunan aman, malah pada masa yang sama kami juga mengesa Suhakam agar lebih proaktif dengan menjadi orang tengah antara pihak penganjur dan pihak polis sebelum sebarang perhimpunan diadakan bagi mengurangkan tekanan.

"Selain itu Suhakam juga perlu mengambil inisiatif untuk mengaktifkan bahagian 'Human Right Defenders' dalam badan tersebut dan melindungi semua aktivis dan pendukung hak asasi daripada menjadi mangsa keganasan, kekasaran dan intimidasi polis serta kerajaan," jelas Syed Noh pada pertemuan dengan Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Shaani Abdullah di ibu pejabat badan itu semalam.

Beliau mendakwa pihak polis telah mengasari rakyat tidak berdosa serta memukul peserta.

"Seramai 39 orang ditangkap di seluruh negara tanpa sebab yang munasabah termasuk di Pulau Pinang, Petaling Jaya dan Kelantan. Ini termasuk dua juvana di bawah umur ditahan beberapa jam di balai polis. Polis juga berniat jahat dengan menahan mereka yang memakai baju t-shirt berwarna merah dan hitam.

"Pihak polis menyukarkan orang awam dengan membuat sekatan jalan di semua kawasan diseluruh negara yang menganjurkan Vigil Anti ISA, tindakan polis mengambil kenyataan daripada para peguam yang mewakili orang kena tahan merupakan pencabulan hak asasi yang serius dan intimidasi polis adalah keterlaluan. Penahanan wartawan yang sedang bertugas di Kelantan bersama anaknya berumur 16 tahun adalah suatu yang sukar diterima," jelas beliau.

Sehubungan itu, Muhammad Shaani berkata sebelum perhimpunan tersebut pihaknya telah menghantar surat kepada Ketua Polis Selangor.

"Jawapan yang kita terima polis menegaskan tidak boleh diadakan perhimpunan dan sesiapa yang hadir termasuk Suhakam akan ditahan.

"Komunikasi antara saya dengan Ketua Polis Selangor itu hanya berlaku melalui sistem pesanan ringkas saja dan pendirian polis masih tidak berubah.

"Saya lihat masa yang diberikan pihak polis bagi peserta bersurai memang tidak memcukupi dan ini melanggari hak asasi manusia.

"Suhakam akan terus hadir setiap kali perhimpunan di adakan bagi mengetahui masalah sebenar yang berlaku secara tepat bukannya hanya mengikuti apa yang dijelaskan," kata beliau. -SK

Ulasan GB

Salah satu perkara jelas harapan rakyat apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti ialah: peranan polis perlu dinilai semula dan menangkap semua mereka yang terlibat menyalahguna kuasa selama ini yang menjadikan diri mereka badut-badut UMNO BN. Samada mereka berpangkat Ketua Polis Negeri atau anggota R/F.

PDRM perlu dibersihkan, perlu diberikan identiti murni dan mulia selepas ianya telah dikotori oleh UMNO BN sekian lama.

Musa Hassan akan dilucutkan jawatannya jika benar beliau tidak berkelayakan (menurut maklumat beliau hanya mempunyai diploma dan bukan ijazah sarjana muda seperti yang didakwa). Malah beliau boleh saja dipenjarakan kerana memberi keterangan palsu. Malah keterlibatan beliau dengan beberapa konspirasi perlu diberikan balasan setimpal.

Namun yang penting dua institusi perlu juga dibersihkan iaitu: Peguam Negara dan Kehakiman Negara. Tanpa pembersihan kedua-duanya, ia tidak memberi makna apa-apa.

Pakatan Rakyat mampu melakukannya! GB sentiasa bersama PR.

4 ulasan:

Awanama berkata...

nak hapus ISA, saman ekor, ketidakadilan kehakiman, SPR,SPRM mesti Gerakan mansuh BN/UMNO dulu, tumbangkan UMNO PRU13

Matkueytiaw berkata...

Yang pertama perlu dihukum adalah sipenjilat punggung Najib Altantuya yang berdusta pasal kelayakan akedemiknya..kemudian ketua ketua polis negeri yang terang terang menzalimi rakyat..siasat segala harta mereka..segala suku sakat mereka..dan akhirnya sabitkan mereka walaupun dengan sekecil kecil kesalahan supaya mereka sedar bukan mereka yang berkuasa di bumi Malaysi ini..rakyat lebih berkuasa

Awanama berkata...

Dicadangkan Pakatan Rakyat menghimpunkan semua individu yang telah diseksa,dibelantan,ditangkap dengan kejam dan zalim oleh polis,termasuk yang telah disiram dengan ayer asid,dikumpulkan,diambil butiran(termasuk lapuran doktor dan jika ada sekali denga gambar dan rakaman video).Semua individu ini serentak menyaman,kerajaan Malaysia,Kementerian Dalam Negeri,IGP dan Polis - dan sebaik-baiknya mendapatkan khidmat peguam yang handal,jika perlu dibawa dari luar negeri untuk melaksanakan projek ini.Rakyat ingat sangat nak tahu yang mana lebih berkuasa - Perlembagaan Negara atau Akta Polis.

Awanama berkata...

mcm mana nak saman dan buat laporan polis sedangkan polis, hakim, spr, sprm, doktor dan berbagai jabatan semuanya ikut telunjok dan cakap rosmah najib yang memang pembohong dan penipu, biarpun perkara tu bertentang dengan hukum Allah tetap diakui benar oleh berok2 dan mangkok ayun puak umno. kononnya bagi sumbangan untuk sekolah agama... nampaknya seolah2 merekalah penyumbang terbesar kepada sekolah agama rakyat tu... ha.. ha.. ha... cukup cantik sekali lakonan najib ya.. entah2 cek tendang lagi tak....