5 Jul 2010

Wahai Shafie Apdal, Sebab Pulut Santan Binasa

PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam

Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.

Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang sebenarnya ini lah yang terjadi pd pimpinan umno bee end... mereka yang mengamalkan ajaran sesat dikatakan orang lain pulak ajaran sesat. maknanya pie ni tak belajar hukum Allah... itulah dia kata orang amal ajaran sesat....

Tanpa Nama berkata...

Nak tergelak la pula. Mamat ni yang tersesat masuk saluran di Kedah setelah pengundi-pengundi di tempat dia dah meluat kat dia! Orang UMNO di Kedah bnukannya suka kat dia yang nak berkuasa di negeri jelapang padi tu. Masa dia jadi menteri perdaganagan dulu minyak naik harga. Rakyat Kedah sumpah dia bergudang-gudang. La ni orang-orang Mahdir Khalid dengan penyokong-penyokong Mad Bashah yang tak lulus SPM tu khabarnya tak suka kat dia yang tak tau langsung adat budaya Kedah. Dia tak tau ka Kedah yang dia tengah dok syok kat dia tu diperintah oleh PR dan diterajui oleh PAS? Maknanya orang Kedah la ni bernaung di bawah kerajaan ajaran sesat kot!! Orang Kedah pernah jadi Imam Masjid Negara la. Dia taukah di Kedah ada KUIN. Bukan Queen Elezabeth!! Kolej Universiti Insaniah tau.Mamat ni kena mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat semula.