16 Jun 2010

Mungkin Benar Dia Berpuaka, Malah Amat Berpuaka

Perbicaraan Kes ‘Bini Puaka’ Bersambung Julai Depan.

ahkamah Sesyen hari ini menetapkan Julai depan bagi sambungan perbicaraan lima pelajar Universiti Malaya (UM) berhubung kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hakim Rozana Ali Yusof membuat keputusan tersebut setelah selesai mendengar keterangan saksi oleh pihak pendakwaan.

Beliau menetapkan tarikh berasingan bermula 1,2,9 dan 28 hingga 30 Julai ini.

Perbicaraan yang masuk hari kedua ini bagi mendengar keterangan saksi kelapan dan kesembilan iaitu DSP Shaikh Zainal Abidin Omar dan Detektif L Thuraisingam.

Pihak pendakwaan sebelum ini telah mengemukakan 17 orang saksi kepada mahkamah berhubung kes tersebut.

Tertuduh terdiri daripada Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahruldeen Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle dan Mohammad Saufi Jelani, masing-masing berusia 22 tahun serta Mohd. Shazni Munir Mohd. Ithnin, 23.

Malah kelima-lima tertuduh turut hadir sambil ditemani ahli keluarga dan rakan masing-masing.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut pada jam 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Kelima-lima tertuduh diwakili oleh empat orang peguam yang diketuai oleh Mohamad Arfizi Mohd Ramli, manakala timbalan pendakwa rayanya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar.

Mereka juga menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan pencerobohan jenayah di dewan tersebut pada waktu dan tarikh yang sama.


Ulasan GB

Dia pernah dikaitkan dengan pembunuhan misteri Altantuya. Dia juga oernah dikaitkan dengan "mandarem" yang ditemui di Pejabat Pak Lah beberapa minggu sebelum Najib mengambil alih jawatan PM.

Tiada ulasan: