26 Jun 2010

Asri Dalam Senarai Kedua, Kata Shahidan.

Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya" semasa mengadakan sidang media selepas dikatakan 40 orang ulama muda menyerahan borang UMNO malam tadi.

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu Fadlan berkata idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.

“Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.

Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.

Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.

Beliau yang merupakan penasihat agama sebuah agensi perubatan di ibu negara tidak menjelaskan sekatan yang dimaksudkan tetapi difahamkan ia berkaitan dengan syarat tauliah yang diwajibkan oleh jabatan-jabatan agama.

Rakan mereka, Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Shahidan pula menjawab mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.

“Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan,” kata beliau pada sidang media yang sama selepas majlis penyerahan borang.

Ketika ditanya sama ada Umno akan menyediakan golongan ulama sebagai bakal calon pilihan raya umum ke-13, Shahidan berkata, “saya tidak tahu tentang perkara itu.”

“Tetapi saya sebagai Ketua Umno Bahagian Arau merasakan kepimpinan masa depan bahagian, saya merasakan perlu terdiri daripada golongan ilmuan macam ini,” kata beliau.

Ini kali pertama Umno menerima golongan ulama dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa.

Mereka yang terdiri daripada pensyarah, bekerja sendiri dan pekerja swasta menjadi ahli Cawangan Dataran Merdeka dan akan beralih ke negeri masing-masing kemudian.

Pada Sabtu lalu Setiausaha Kerja Umno mengumumkan Asri akan menyertai Umno hari ini.

Asri tidak mengesahkan ataupun menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu perbincangan sedang diadakan dengan pucuk kepimpinan Umno.

Ketika ditanya sama ada Asri tidak menyertai mereka untuk memasuki Umno malam kerana isu fahaman wahabi dan Jemaah Islamiah sejak seminggu dua ini, Fadlan berkata, beliau tidak pasti.

“Yang itu kena tanya pada Dr Asri sendiri,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tidak memaksa mana-mana ulama menyertai Umno pada hari ini.

Beliau merupakan rakan Asri.

Ketika ditanya sama ada mereka menyertai Umno kerana ada kaitan dengan siasatan amalan wahabi dan JI, Fadlan berkata, “ia tiada kaitan.”

Katanya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah juga sudah mengatakan bahawa ini masalah peribadi, yang dikaitkan dengan pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia.

Ulasan GB

Seperti yang telah GB utarakan di dalam ulasan sebelum ini di SINI, GB ada menyatakan:

2) Sepanjang MAZA di mahkamah beliau ditemani oleh bekas MB Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassin. Sedikit sebanyak Shahidan pasti ada berusaha untuk membawa MAZA menyertai UMNO. Apatah lagi Shahidan perlu mendapatkan sokongan dari golongan ugamawan di dalam usahanya untuk merebut kembali kerusi MB yang sudah terlepas ke tangan Mohd Isa Sabu


Justeru, Shahidan yang menjadi broker akan terus berusaha menghimpit dan memujuk Asri menyertai UMNO bagi membolehkan beliau diyakini oleh Najib bagi mendapatkan kembali jawatan MB Perlis.

Dan kepada semua yang bergelar "ulama muda" yang menyertai UMNO tersebut, tahniah, kerana anda menjadi pengesah kepada gelombang kemungkaran yang dilakukan UMNO selama ini.







7 ulasan:

Nizam berkata...

Mari kita sama-sama tengok sama ada ulama-ulamak ni boleh ubah umno atau tidak. Kita bagi tempoh 24 bulan. Kalau makin teruk, maka confirmed umno adalah tong najis yang perlu disamak dari luar.

Tanpa Nama berkata...

Tak kisah la...memang ramai puak2 yang faham agama tapi melawan Islam ni...kita tak usah susah hati,....

Tanpa Nama berkata...

Bagus lah kalau ramai ulama yang "berminat" masuk UMNO untuk berdakwah tapi yang hairannya Yusoff Nor, Nakhaie Ahmad, Mashitah Ibrahim, Pirdaus Ismail, Najmuddin Elias dan ramai lagi ulama yang ada dalam UMNO sekarang ni buat apa? Untuk projek pertama yang "ulama muda" ni harus buat, tarbiyyah dulu Najib.. suruh bini dia pakai tudung.. Kalau yang ini pun tak boleh buat, elok minta "Projek Bakun" jer..

Martoiriat berkata...

Apakah benar mereka semua ini ulama sebagaimana yang dikatakan oleh Umno? Bagaimana Umno boleh mengatakan seseorang itu ulama atau tidak. Adakah seseorang itu belajar dan lulus dalam pengajian Islam dikira Ulama? Jika benar mereka Ulama dan tahu hukum hakam, nescaya mereka tak akan memilih Umno sebagai asas perjuangannya. Dasar Umno pun banyak bertentangan dengan Islam. Ulama2 yang ada sekarang pun dalam Umno tidak terdaya untuk membentuk Umno kejalan yang lebeh baik dan Islamik. Ambil contoh Ustaz Firdaus dan Ustazah Mashitah sebagai Ulama Umno. Dimanakah mereka sekarang? Apakah mereka boleh mengubah Umno? Jawapannya mereka berdua semuanya jadi tukang anggup macam pak pandir, bodoh dan tidak gunakan ilmu agamanya untuk membentuk Umno supaya menjadi sebuah parti yang lebeh Islamik. Bagi pandangan ini, Umno tak boleh diubah sampai bila2 selagi Umno sendiri tak mahu mengubahnya walaupun beribu atau berjuta2 Ulama dipanggil untuk menyertainya. Lihatlah saja isu judi, mana suara2 mufti dan ulama Umno.. diam seribu bahasa tak buat kenyataan. Nak berkokok takut hilang jawatan dan pulus, terpaksa jadi syaitan bisu buat selama2nya..

Tanpa Nama berkata...

hanya jadi barua UMNO saja, bukan nak jadikan PM..

Tanpa Nama berkata...

kalau berani, najib letak jawatan dan beri ulama muda ni jadi PM... UMNO mempergunakan islam...

Tanpa Nama berkata...

jumpa orang tepi jalan ada janggut ajak masuk UMNO dikatakan ulamak.