Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mengesahkan isu penyelewengan pasir di Selangor telah wujud sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi di negeri itu.
Menurutnya, nama-nama pihak yang terlibat sudah pun didedahkan dan kini beliau hanya menunggu siasatan dijalankan terhadap isu itu.
"Pulangan yang diperolehi kerajaan daripada penjualan pasir berkurangan dan ini menimbulkan syak adakah wujudnya rasuah dan penyelewengan?
"Hasil jualan pasir sebenarnya akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Selangor terutamanya bagi golongan miskin," katanya.
Sebelum ini, Manikavasagam menerima satu ancaman bunuh berhubung penglibatannya dalam urusan pasir di negeri Selangor.
Nota ugutan bertulis "Jangan campur isu pasir. You mati" diikat pada beg yang mengandungi cat merah dan disimbah pada keretanya dan kereta isterinya.
Beliau turut mendakwa isu penyelewengan pasir melibatkan pegawai atasan sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan perniagaan pasir di Selangor.
Beliau yang dihubungi erapakatan berkata keluarganya masih berada dalam keadaan tertekan dan trauma mengenai kejadian ini.
"Selama 10 tahun berkecimpung dalam arena politik, saya belum pernah mendapat ugutan serius seperti ini.
“Saya sedikit terkejut kerana ianya tak ubah seperti angkara ‘along’,” katanya lagi.
Ditanya mengenai tindakan seterusnya, beliau memberitahu akan membiarkan keadaan tenang dahulu sebelum meneruskan usaha membongkar penyelewengan ini.
“Ugutan itu tidak mematahkan semangat saya untuk membongkar isu penyelewengan ini.
“Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi saya percaya ini semua kerja dalaman golongan yang terlibat dan yakin ada sindiket tertentu yang mendalangi hal ini,” katanya sebelum mengakhiri perbualan. -erapakatan

Nazree: Ugutan Bunuh MP Kapar Mungkin Didalangi UMNO BN
Bekas Pengerusi Gerakan Anti-Korupsi tidak menolak kemungkinan ancaman bunuh yang diterima Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung dakwaan rasuah kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd berbaur politik dan dicetuskan oleh parti lawan, Umno-BN.
Nazree Yunus berkata ada kemungkinan ia sengaja dilakukan bagi mensensasikan lagi isu ini, dalam usaha untuk memalukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
“Saya nampak ini ada unsur-unsur provokasi, sabotaj dan juga ini ada kemungkinan unsur-unsur politik untuk memainkan isu ini dengan lebih panas lagi kerana bagi saya masalah ini apabila dakwaan rasuah ini melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat.
“Saya kira ini adalah kesempatan untuk khususnya Umno Barisan Nasional untuk sengaja memanaskan lagi isu ini kerana saya nampak mereka-mereka menggunakan sendiri hujah-hujah pemimpin dari Pakatan Rakyat yang mereka suka buat tuduhan pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya.
Dalam kejadian jam 7 pagi tadi, tiga beg berisi cat merah dan nota ancaman bunuh dilemparkan pada kereta Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Beliau bertanggungjawab mendedahkan isu ini ke pengetahuan Kerajaan Negeri Selangor, dan pihak kerajaan negeri telah meminta Selcat untuk menyiasat dakwaan ini.
Nazree menasihatkan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang membuat dakwaan rasuah terbabit supaya bertindak dengan cermat dalam menangani isu ini.
“Yang saya bimbangnya dalam keadaan untuk kita cuba terjermahkan nilai-niali intergriti dan ketelusan itu, kita bimbang musuh mengguna pakai isu ini seolah-olah yang banyak melakukan rasuah ini adalah dari Pakatan Rakyat,” katanya. -TVS
2 ulasan:
Manikavasagam, perlukah kamu mengugut MB Khalid kerana kes begini? Kamu tidak cerdik politik. kamu mementingkan populariti diri dan membawa kesan negatif kepada kerajaan PR. Sedangkan perkara ini tidak patut berlaku kerana kita ada saluran. Rasuah hanya dapat kerajaan PR hapuskan jika kita telah 2 penggal memerintah. Rasuah amat meluas dalam semua organisasi ketika ini bukan kerana kerajaan PR tetapi kakitangannya masih 'OKU'. Ada faham?
kepada semua peminat blog ini cuba fikir kalolah semasa kerajaan bn dulu kes kecurian pasir ni dah berlaku takan masa pembangkg memerintah nak ia berlaku jgak...ni nak jadi macam crita jenaka pimai pimai tangtu plk. harap semasa pemerinahan pembngkg tmatlh semua isu ini barulah recpect. rakyat sekarang bukan rakyat masa pasca merdeka...x payah nak diyakin atau diputar belit...diorg dah ramai blh membaca dan berfikir. mereka luahkan perasaan masa mengundi je. tak perlu peninx
Catat Ulasan