Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong mahu pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Senator dikaji semula.
Ketuanya, Norizan Ali (gambar) berkata pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.
“Mengapa orang yang cukup banyak memburukkan kerajaan boleh diberi tempat yang cukup istimewa sedang ramai lagi yang bermati-matian berjuang untuk parti tidak langsung diangkat?” katanya.
Menurut Norizan, jika begitulah realitinya maka selepas ramai ini yang akan keluar UMNO kemudian masuk ke dalam parti semula dan jasanya individu seperti itu akan lebih dikenang.
“Orang-orang yang pernah bersekongkol dengan parti pembangkang dan kuat menentang kerajaan tidak perlu diberi tempat dan keistimewaan,” katanya.
Menurutnya, ini cukup mengambarkan bahawa ketidak adilan telah berlaku malah menimbulkan ketidakpuasan hati dan perasaan kecewa dikalangan pemimpin dan ahli UMNO yang lain.
“Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan kerana ahli tidak nampak keperluan kerajaan untuk melantik bekas Ketua AMK itu sebagai Senator,” katanya. -SH

10 ulasan:
Ezam kotaki di lantik sebagai senator lagi rosakla umngok.Umngok rosak takpe jangan PR udah pi jahanam dengan Ezam
BETUL TU.... aku sokong. bodoh betul sapa yang lantik mat ezam ni jadi senatak? lebih baik lantik pengerusijkkk jadi senator pasal mereka bekerja kuat untuk parti dan tak pernah derhaka kepada pimpinan walaupun dari segi 'lipat'nya sama jer!!!!!
kah! kah! kah! ada juga org UmenO tapi darjah rendah sikit yg berani tegur org atas dia..........lu dah pikir masak2 ker keluar kenyataan ni.?itu yang cakap direct yang pendam dalam hati tu tak tahu berapa ramai lagi.....kalau benda ni boleh memporak peranda kan UmenO aku setujuuuuuu.............ianya diteruskan.Kesian Ezam tuh....dok terliur lama dah........
ezam al kotaki dah rosakkan Keadilan dan kini tiba masanya dia nak menjahanamkan umno.berhati2 dengan tipu daya ezam al kataki, pemuda umno akan akan sentiasa awasi pergerakan ezam........mungkin dia adalah spy yang dihantar keadilan utk menlenyapkan umno selama-lamanya sebab itulah dia bersungguh2 kutuk Pakatan yang melampau utk buktikan beliau memang bersih utk bersama umno....cuba tengok lidah dia bercabang @ tidak, biasanya sesumpah ni lidahnya macam bewak....
UMNO kini sedang menuju ke lubang kubur. Aku juga pernah duduk di barisan AJK sebuah cawangan di Kedah. Tapi kini dah tak minat lagi dan sedang berkira-kira nak masuk PAS.
UMNO - kini digunakan untuk memperkasakan kuasa pimpinan atasan. Ahlinya hanya menjadi alat kerana mudah dibeli dengan wang ringgit sewaktu pemilihan UMNO.
Apa tunggu lagi, cabut !
Sekarang baru ahli UMNO sedar bahawa keringat mereka tak dihargai langsung. Ezam juga yang kenyang. Jadi mulai sekarang berfikirlah sikit adakah jasa ahli yang setia kepada UMNO dipandang? Pemimpin atasan hanya nak jaga kuasa dan kekayaan masing-masing saja.
Najib akan lantik seberapa ramai bekas musuh dan bekas perjuang yang lari dari medan perang sebagai orang suruhannya. Maklumlah dah termakan budi..senang lah disuruh ke hilir ke hulu
apa lagi wahai ahli umno.... fikir2kanlah... apa yang anda dapat selama ini dalam perjuangan? orang lain yang penuh poket dan buat rumah banglo jutaan ringgit... sebelum terlambat... jangan tunggu sehingga malaysia ni tergadai dan kita merempat dibumi sendiri.... berilah sokongan anda kepada pakatan rakyat.
Berbagai bentuk habuan yang Najib berikan tak lain kerana dendam kesumat politik terhadap Anwar.Sesiapa saja kalau nak habuan hentamlah Anwar, fitnah dan cerca Anwar kalau boleh kat depan Rosmah dan Najib.Anwar dan PR musuh utama Najib & Rosmah.Puak-puak UMNO yang lain-lain tu hanya tukang angguk, janji ada habuan.
Catat Ulasan