30 Mei 2010

Era Pemerintahan BN Sudah Di Penghujung Jalan. Jom Ubah!

Lagu khas sempena ‘Judi Bola Sepak’

Isunya bukan subsidi tetapi kemampuan kerajaan - Mahfuz

TAWAU : Kenyataan Senator, Idris Jala yang menyatakan bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 jika kerajaan tidak menghapuskan subsidi diselar oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, penarikan subsidi bukanlah jalan terbaik kepada krisis ekonomi di negara ini tetapi persoalannya ialah bagaimana kemampuan kerajaan menguruskan wang rakyat.

“Isunya bukanlah pengurangan subsidi tetapi persoalan pokok yang harus diketahui oleh rakyat ialah kemampuan Umno-BN untuk mencari dana untuk membayar hutang negara.

Sebab itu tuan-tuan, kerajaan Umno-BN semakin terdesak sehingga sanggup meluluskan judi bola sepak semata-mata untuk mendapatkan wang,” katanya dalam satu ceramah umum di Markaz Tarbiah PAS, Jalan Kuhara, Tawau Sabah Jumaat lalu.

Turut serta di majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, Muhammad Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisamuddin Sulaiman, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Tze Phin, serta pimpinan Pakatan Rakyat dari daerah Tawau yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Darmansyah Lamasa.

Sehubungan itu, katanya, Umno-BN kini muflis idea dalam mencari penyelesaian berhubung pengurusan ekonomi negara.

“Kalau BN tidak sanggup dan tidak mampu menguruskan ekonomi negara kita, serahkan pula kepada Pakatan Rakyat kerana kami ada cara tersendiri sepertimana Kerajaan Kelantan dan negeri lain yang kini di perintah oleh Pakatan Rakyat,” dihadapan 2,000 orang yang hadir.

Menurut Mahfuz, PAS semasa mula-mula menawan Kelantan pada tahun 1990 yang dipimpin oleh seorang ulama terkenal, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, BN dengan sombongnya berkata, kerajaan PAS hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja kerana kononnya PAS yang dipimpin ulama tidak pandai menguruskan ekonomi dan negeri Kelantan akan bankrap.

Antara langkah kerajaan PAS sebaik memimpin negeri itu ialah menarik semua wang kerajaan negeri dari bank yang mengamalkan riba, menghapuskan pelacuran, menghadkan penjualan arak secara tertutup hanya kepada bukan Islam dan menghapuskan judi.

“Selepas tiga bulan, PAS masih memerintah, Umno-BN meramalkan pula enam bulan, lepas itu tukar lagi kepada setahun dan sehingga kini kerajaan Kelantan sudah memerintah 20 tahun.


Kerajaan Kelantan bukan sahaja tidak bankrap tetapi turut berjaya membayar hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan yang sebahagian besar hutang itu adalah peninggalan Umno semasa memerintah di negeri Kelantan,” katanya yang menerima tepukan gemuruh.

Mahfuz turut memberitahu, Bajet 2008 yang lalu, sekurang-kurangnya RM28 Bilion wang rakyat hangus, tiris dan bocor akibat kegagalan BN.

Menurutnya, perkara itu diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Husni Hanadzlah dan Jabatan Audit Negara.

Mahfuz yang pertama kali bertandang ke Daerah Tawau sempat mendendangkan lagu ringkas berhubung tindakan kerajaan meluluskan Judi Bola Sepak.

“Kawan saya ada memberitahu, kalau dulu kita menyanyi, marilah mari… pergi mengundi…tunaikanlah kewajipan pada negara.

Kini kawan saya kata, lagu itu perlu ditukar selepas kerajaan meluluskan Judi Bola Sepak ini.

Marilah mari… pergi berjudi…tunaikanlah kewajipan pada negara.

Bagu Umno-BN rakyat miskin merempat tidak mengapa demi negara tetapi pada masa yang sama pemimpin BN kaya raya,” katanya.

Sehubungan itu, Mahfuz mengajak rakyat di negara ini terus menyokong gagasan Pakatan Rakyat yang terbukti konsisten dan komited dalam menguruskan wang rakyat seperti yang dibuktikan di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. -erapakatan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang benar apa yang dikatakan Dato' Mahfuz. Tapi saya nak komen pasal Idris Jala ni. Apakah jasanya sehingga dilantik senator yang bercakap fasal ekonomi. Dia meninggalkan MAS dengan kerugian. Jelas dia bukan pakar ekonomi dan tak layak dilantik jadi senator. Sebagai rakyat Malaysia dia juga tak layak menjadi senator kerana tidak tahu berbahasa Melayu. Sayapun hairan dimanakah hebatnya. Takut nanti ekonomi negara bertambah tenat.