19 Mei 2010

Bung Mokhtar Berjaya Tangguhkan Hukuman Penjara

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebentar tadi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sebulan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.

Awal tadi, makhamah menjatuhkan hukuman sebulan penjara terhadap Bung Mokhtar kerana didapati bersalah berpoligami tanpa kebenaran dengan pelakon, Zizie Izette A Samad.

Bung Moktar dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudiannya memerintahkan peguam Amli Embong yang mewakili Bung Moktar menfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Terdahulu, dalam penghakimannya Wan Mahyuddin berkata Bung Moktar adalah ikon masyarakat dan kesalahan yang dilakukannya itu adalah kesalahan yang berat yang sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal.

"Kes ini mendapat liputan meluas oleh media massa dan ramai di luar sana tidak memahami konsep poligami dalam Islam, berkahwin tanpa kebanaran mahkamah, oleh itu hukuman ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai," katanya.

Wan Mahyuddin juga menyifatkan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah adalah satu kesalahan yang serius.

Bung Moktar, 51, didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette Abdul Samad, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Selain itu, Bung Mokhtar juga didenda RM1,000 kerana kesalahan bersubahat dengan Zizie Izette yang berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, dan jika gagal membayar denda, beliau boleh dipenjara sebulan.

Isterinya turut dikenakan denda RM1,000 kerana kesalahan bernikah tanpa kebenaran pendaftar mengikut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan jika gagal membayar denda, Zizie Izette boleh dipenjara sebulan.

Zizie Izette juga dikenakan denda RM1,000 kerana kesalahan bersubahat poligami dengan suaminya di alamat, waktu dan tarikh yang sama dan sekiranya gagal membayar, pelakon itu boleh dipenjara enam bulan.

Selain Zizie Izette, dua abang dan adiknya, Ahmad Shahazmi Abdul Samad, 48, Samzy Fuzette Abdul Samad, 34, dan Shaheizy Sam Abdul Samad, 27, serta dua rakan Ahli Parlimen Kinabatangan itu, Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56, turut dikenakan denda RM1,000 kerana bersubahat dalam kes berpoligami itu, dan jika gagal membayar, kesemua mereka akan dipenjara enam bulan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen yang sama yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Ahmad Shahazmi turut didenda RM1,000 kerana pertuduhan lain iaitu mengakadnikahkan adiknya, Zizie Izette dengan Bung Moktar tanpa mendapat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah daerah Gombak Timur.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 40(1)(a) Enakmen yang sama.

Selain itu, kedua-dua adiknya, Samzy dan Shaheizy masing-masing dikenakan hukuman denda RM1,000 kerana kesalahan mengambil bahagian sebagai saksi dalam pernikahan Zizie Izette dan Bung Moktar tanpa kebenaran pendaftar.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor Shafezan Rusli dan Zusyarafain Yusof manakala semua tertuduh diwakili peguam Amli Embong. - Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dasar tak tahu malu macam tu lah..cakap dalam parlimen pandai..cakap tak serupa bikin..

Putra IJ80 berkata...

Dlm hal nie,gua simpati gek pada Bung , perkara haram telah di halalkan ole Agama(Sayara').

Tapi ia di anggap salah atas undang undang sampingan.,ciptaan manusia .

Pada Bung ini lah masa nya membuka mata dan minda mengkaji kebenaran "Agama dan Politik tidak bole di pisahkan".

Datang lah Ke Masjid Bukit Mulia,kita sama sama belajar di sana.,atau mana mana yg.berhampiran dgn nya.

Salam.

Tanpa Nama berkata...

inilah standard yang ada pada ahli parlimen BN....bukannya fikir hendak membantu rakyat...keje nak kawin jer..tak cukup dengan satu.....mukapun tak sehensem mana..yang pompuan tu pu tak de akal..kerja nak mengikis jer...mampus mcm ni....