23 Mei 2010

ADUN Kerdau Kembali Kritikal, UMNO Pahang Sesak Nafas

Anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lepas kini kembali kritikal.

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin, 63, tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat kira-kira pukul 6 pagi semalam.

"Saya dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang beliau tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat untuk diberi ubat pagi tadi. Saya difahamkan, kemungkinan beliau mengalami strok dan dia kini dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, anggota keluarga Zaharuddin diminta datang ke hospital oleh doktor yang merawatnya kerana beliau berada dalam keadaan koma, dan doktor turut memaklumkan bahawa keadaan jantung serta paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah, dan beliau memerlukan perhatian serius.

Zaharuddin dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pada 3 April lalu untuk menjalani pembedahan ulser usus setelah mengadu sakit di bahagian perut sebelum dirujuk ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya. - BERNAMA


Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.




4 ulasan:

Unknown berkata...

Pak Long doakan yang terbaik dari Allah s.w.t untuk semua...

Tanpa Nama berkata...

Kerdau - fixed deposit UBN. Lebih baik tiada pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

lagi seronok kalau pilihanraya kecil parlimen Pekan

Tanpa Nama berkata...

Walaupun kerdau ni fixed deposit bn, tapi saya lebih suka pilihanraya diadakan kerana setidak-tidaknya rakyat di sana akan dapat habuan yang mencurah-curah berbanding sekarang. Pasti akan ada peruntukan untuk sekolah, jalan baru, jambatan baru dan jika boleh orang melayu yang sedia lembab ni mintak pada najib sorang RM10,000 (ringgit 1malaysia: sepuluh ribu sahaja)untuk pangkah bn. Kerajaan tak ada duit? Don't worry... ustad vincent tan ada.