27 Apr 2010

MCA Hentam Perkasa - Penyebab BN Hilang Undi Cina

MCA menyelar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berunsur “perkauman menebal” yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan anggota Parlimen Pasir Mas itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” amat dikesali.

“Kenyataan itu juga berunsur hasutan,”
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Ahad yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi “perkauman menebal”.

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika Barisan Nasional mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata beliau dipetik Bernama.

“Saya bangga menjadi wakil rakyat yang datang dengan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebarang kenyataan supaya rakyat berterima kasih dan menghargai merupakan pencabulan terhadap amanah dan keyakinan yang diberikan rakyat.

“Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi,” katanya. -TMI

3 ulasan:

siswa pemikir berkata...

kalau ibrahim ali bertaning, jgn katakan 10% di kawasan bukan melayu. hilang wang deposit pun boleh jadi.

jangan kata di kaw bukan melayu je, di kawasan melayu pun lum tentu dia mampu dpt 10% undi melayu. sapalah nak undi katak ni. org umno ka, pas ka, pkr ka semua tak suka dia. tak caya tunggu PRU 13, konpem tak akan ada mana2 parti tawar dia sbg calon. pengkhianat macam ni ada hati nak jd wakil rakyat. Dah la pengkhianat, tak kenang budi lak tu

Martoiriat berkata...

Berahim Ali ni tak layak jadi pemimpin. Aku yakin jika beliau bertanding di PRU 13 ini, bukan cina saja yg menolaknya, malah orang melayu kelantan pun dah meluap dgn beliau yg suka lompat parti dan munafik ini. Kononnya nak berjuang atas nama Perkasa utk membela orang2 melayu.
Melayu apa, melayu yg suka melompat parti dan melayu munafik serta melayu rasis. Jika beliau bertanding dan menang, aku cium buntutnya sampai bila2. Aku pasti melayu dan cina menolaknya.

Tanpa Nama berkata...

dia ni bkn aje tak layak jadi pemimpin, bagi den jadi org pun dia x layak.. nama pun katak. katak yg munafik.. bukan melayu ngan cina jek x akan undi dia.. katak pun was was nak undi spesis ni... aper punyer turr...