20 Apr 2010

Bukan Samy Vellu Yang Hulur

V S Chandran, calon bebas yang menarik diri dari bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menegaskan beliau sama sekali tidak menyokong MIC selagi parti berkenaan dipimpin Datuk Seri S Samy Vellu.

Malah, bekas Naib Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor itu menegaskan beliau bukan lagi ahli MIC kerana sudah digantung sebelum dipecat jawatankuasa Displin MIC tahun lalu.

"Mereka sudah gantung keahlian saya. Saya bukan ahli MIC lagi. Dalam surat khabar sudah sebut Samy Vellu pecat saya. Mungkin Samy Vellu tidak tahu," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Sementara SPR di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu.

Pada sidang media, Chandran dilihat masih keliru dengan sokongannya kerana menolak calon MIC, P Kamalanathan tetapi pada masa sama masih menyokong BN.

"Saya tidak sokong P Kamalanathan. Saya cuma sokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

Walaupun masih menyokong BN, Chandran secara tegas menyatakan MIC tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada masyarakat India.

"Sebab saya marah MIC. Saya sudah 35 tahun dalam politik. Nanti mereka tahu siapa Chandran," katanya. -TVS

Ulasan GB

Tak sukar untuk membac sifir ini.

Katanya: "Saya tidak sokong P Kamalanathan. Saya cuma sokong Barisan Nasional (BN),"

Maksudnya? "Bukan MIC, Samy Veluu atau Kamalanathan yang hulur, tapi Najib dan BN".

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

calon bebas dan calon BN memang ditaja UMNO sebab tu boleh masuk atau keluar ikut arahan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

macam UMNO taja makhal sakhti, parti najib

Tanpa Nama berkata...

wat ever pun parti komponen x sedo lagi ke UMNO tunggang mereka? ape yang biasa ditunggang? bagi den tak kudo keldai... wakakaka

Tanpa Nama berkata...

wat ever pun parti komponen x sedo lagi ke UMNO tunggang mereka? ape yang biasa ditunggang? bagi den tak kudo keldai... wakakaka