20 Apr 2010

Bung Mokhtar Dan Zizie Mengaku Salah Nikah Tanpa Kebenaran

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin dan isteri Zizie Ezzete mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran.

Bung didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala Zizie didakwa dengan tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk hukuman. Kedua-dua mereka diikat jamin RM500 setiap seorang.

Pasangan pengantin baru itu hadir pada jam 8 pagi, turut didakawa lima saksi pernikahan termasuk dua saudara lelaki Zizie, atas dakwaan bersubahat dalam pernikahan itu.

Bung yang juga seorang ahli perniagaan bernikah dengan pelakon jelita itu pada 16 Disember lalu. -SH

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nikah kat obesi la ni...emm takut juga dgn Allah swt. alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

bagus juga menikah walaupun umur 15 tahun, UMNO tak benarkan biar buat maksiat tak apa!!!

kanuar Malaya berkata...

dah agak...nikah kat siam la tu..hehehe

Tanpa Nama berkata...

menikah dua atau bawah umur musuh utama wanita UMNO,sebab tu maksiat berleluasa

mtgbertam berkata...

Kalau bung lompat parti, kesilapan ini akan jadi isu besar yg diguna oleh Be End

Tanpa Nama berkata...

Bro..Kat parlimen cakap besar..memang besar lah dia..semua dia nak besar..cakap tak serupa bikin..entak-entak dia pun kaki...........