Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dibubarkan terus kerana suruhanjaya itu gagal menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.
"Dalam menghadapi pilihan raya kecil parlimen di Hulu Selangor 25 April nanti, SPR telah memindahkan para pengundi sesuka hati tanpa mengikut prosidur dan kelulusan dari mana-mana pihak," katanya.
Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat berkata, "SPR tidak layak mengendalikan perjalanan sesuatu pilihan raya, sepatutnya SPR dibubarkan sahaja kerana ia tidak berguna kepada rakyat.
"SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan para pengundi dengan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan pengundi," katanya pada satu sidang media di lobi parlimen hari ini.
Fuziah berkata, tindakan keterlaluan SPR dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan percubaan untuk membantu kemenangan Barisan Nasional.
"Apabila mereka (SPR) memindah para pengundi ke tempat yang jauh, pengundi yang tidak berkemampuan (dari segi kewangan) tidak akan turun mengundi," tegas beliau.
Kata Fuziah, "strategi khianat SPR ialah untuk menyusahkan para pengundi agar tidak ramai yang keluar mengundi."
Tambah beliau, pemindahan 233 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh adalah tidak wajar dan ini menunjukkan SPR sebagai dalang BN untuk meraih kemenangan.
Menurut beliau, beliau akan meminta sokongan dari luar negara untuk mendedahkan SPR sebagai sebuah badan kerajaan yang berat sebelah, tidak telus dalam melaksanankan tugas dan seterusnya memansuhkan SPR.

2 ulasan:
UMNO dan BN juga patut dibubarkan, yahudi diutamakan, rakyat dizalimi
ada satu lagi patut dibubarkan... PKR... satu undi ditarik dari kau Pn Fauziah for the next.... sori.... satu undi ajerr
Catat Ulasan