Mayat dua beranak yang sudah berulat selepas dipercayai terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 417.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar plaza tol Bukit Tagar di sini pada 18 Mac lalu ditemui semalam.
Kereta yang dinaiki mangsa terjunam dalam gaung sedalam 50 meter menyebabkan mereka gagal dikesan.
Kedua-dua beranak terbabit yang dikenali sebagai Margerat Maniam, 34, dan bayinya, Ezekiel Shammah John Robert, berusia setahun ditemui seorang pekerja pembersihan yang menjalankan kerja membersihkan semak di kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis kira-kira jam 3.30 petang.
Turut ditemui pakaian, cerek elektrik, dokumen pengenalan diri dan lampin pakai buang dipercayai milik mangsa.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang berasal dari Taman Bukit Cheras ditemui kira-kira 13 meter dari kenderaan yang dipercayai digunakan mereka dalam perjalanan ke utara. “Polis menerima maklumat petugas lebuh raya yang ketika itu menjalankan kerja pembersihan.
“Hasil maklumat itu sepasukan polis tiba dan menemui dua rakan manusia yang sudah berulat dan berbau busuk, “ katanya. Norel berkata, sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Sivakumar Thangarajo, 23, berasal dari Sungai Besi, dipercayai pemandu kereta itu ditemui oleh petugas pembersihan lebuh raya pada 20 Mac lalu kira-kira jam 7 malam sebelum menghantarnya ke Hospital Slim River (HSR) untuk rawatan. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan dan sehingga kini polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah. Sehingga jam 8.25 malam semalam, Unit Forensik masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan