3 Feb 2010

UMNO Tietap Tidak Akan Dapat Rampas Kelantan - Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa apa saja yang UMNO lakukan, UMNO tetap tidak akan dapat rampas Kelantan.

Pengakuan Mahathir itu dilakukan sewaktu mengulas soalan mengenai tindakan YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang berkongsi pentas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa perhimpunan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baru untuk menjelaskan isu royalti kepada rakyat Kelantan.

Bekas Menteri Kewangan itu dalam perhimpunan berkata bahawa negeri itu layak memperoleh royalti berkenaan sebanyak 5%. Sedangkan kenyataannya itu bercanggah dengan pendirian Kerajaan Pusat yang hanya mahu menyumbangkan wang ihsan.

Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu kerana mengutamakan negerinya berbanding Kerajaan Pusat, kata Maahathir

“Saya fikir sebagai anak jati Kelantan, beliau mahu melihat negerinya itu mendapat wang. Itu saya rasa. Saya belum bercakap dengannya," ujar beliau.

Ditanya sama ada tindakan itu akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap Umno berikutan kejadian itu, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin.

“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir."

Mahathir juga menganggap bahawa beliau tidak layak untuk mengkritik tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan pentas pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri pernah melakukan perkara sama sebelum ini.

"Saya tak fikir tindakan menggunakan pentas pembangkang perbuatan yang diterima tetapi saya juga pernah bercakap dalam kumpulan kecil mengkritik kerajaan.

"Saya tidak layak untuk mengkritik," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menggunakan pentas pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu layak menerima lima peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Logik Asean di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr. Mahathir mengkritik keras kerana tidak bersetuju dengan beberapa tindakan penggantinya itu menguruskan negara.

Ulasan GB

Dahulu ya, UMNO boleh rampas Kelantan. Itu pun denga taktik "mendharurat"kan terlebih dahulu Kelantan dan mereka rampas, lebih kurang yang dilakukan di Perak setahun lalu.

Kini tidak lagi. Rakyat Kelan tidak bodoh. Mereka berhimpun beramai-ramai bersolat hajat di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baru di bawah pimpinan Menteri Besar, TG Nik Abdul Aziz.

Kelantan tidak dapat digunat.

Habis, bagaimana Terengganu pula yang boleh jatuh ke tangan UMNO BN di dalam PRU yang lalu?

Fikir-fikirkan sebabnya. Jelas dan nyata.

11 ulasan:

mlayukrala berkata...

ganu jatuh sbb lebai2 tak ambik tahu itu apa paper matematik masa kat sek dlu2 nih

Tanpa Nama berkata...

Trgganu menang dulu atas faktor isu (menang isu - peristiwa DSAI), kesedaran rkyat meningkat wktu itu. Namun di sudut jentera parti, tidak byk perubahan dan tak boleh dibanggakan. Sbb itu PAS Trngganu prlu ada pemimpin yg bijak dan bersatu. Ramai yg alim, tp kurang dr sudut pembacaan politik, strategi jd lemah krn mghrp beberapa tokoh yg ada.

Tanpa Nama berkata...

Golongan profesional kt trngganu susah nk naik, klu ada pun dituduh pro erdogan mcm yg brlaku kpd YB Dr. Syed Azman. Hal ini menyebabkn ketidakseimbangan brlaku dlm PAS Trngganu. Politik PAS Trgganu jd lemah sbb ada unsur mencurigai antara 1 sama lain.

Tanpa Nama berkata...

Stopa ali tewas dlm PRU12, Hadi Awang menang tipis di parlimen. Sepatutnya PAS cari mereka yg benar2 dapat menarik rakyat utk diletakkan dlm anggota tertinggi pusat. Penerimaan rakyat sangat penting..

jebat_berani berkata...

selagi mana um-no/be-end menzalimi rakyat kelantan jangan dimimpi untuk merampas kelantan dari pas....

isu royalti minyak menambahkan lagi kerumitan um-no/be-end untuk merampas kelantan...rakyat kelantan samaada penyokong pas atau be-end sangat marah apabila kerajaan pimpinan najib altantuya menafikan mereka hak untuk menikmati royalti minyak..

pemberian wang ehsan yang cuba diberikan oleh kerajaan najib antantuya melalui JPP tidak diiktiraf sama sekali oleh rakyat kelantan...kerana telah diketahui bahawa pemberian wang ehsan hanya akan menguntungkan puak-puak um-no/be-end sahaja....

jika benar berhajat menawan bumi kelantan...hormatilah hak rakyat kelantan dan prihatinlah kepada kebajikan rakyat kelantan..bukan menghukum mereka kerana tidak memilih um-no/be-end pada pilihanraya umun yang lepas...

john berkata...

“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir.">>Ayat ini dari TDM.

Dan ayat-ayat yang hampir sama dgn ini dah diulang-ulang oleh TDM sejak 20 tahun dulu lagi...secara halus TDM mengambarkan bahawa org Kelantan ni berbeza dengan orang negeri lain. TDM dengan secara lansung cuba membuat tembok dalam pemikiran rakyat Malaysia bahawa org Kelantan berbeza dgn mereka.Dan tak payah lah kita mengambil kisah dengan mereka ini.

Yg sebenarnya org Kelantan pun sama dengan rakyat negeri lain..yg berbeza ialah dari segi pengagihan pembangunan oleh kerajaan pusat saja yg tak seimbang.

Tanpa Nama berkata...

belum tentu dapat UMNO pertahankan malaysia PRU13

Tanpa Nama berkata...

Terengganu sebab puak UG yang ada dalam Pas, barua UMNO

Tanpa Nama berkata...

Hanya beberapa kerat saja yang sokong pemberian wang ehsan kalau nak dibandingkan dengan royalti. Kehadiran pada perhimpunan di KB 28.1.10 adalah buktinya. Orang dah meluat kat Najib yang selalu ikut telunjuk Rosmah dalam berbagai hal. Isu kehilangan 2 enjin pesawat masa dia jadi Menteri Pertahanan tu amat parah. Dia pasti marah kat Ahmad Zahid Hamidi yang dedahkannya. Tengok kebelakangan ini populariti Ahmad Zahid dah tersekat!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini kata-kata manis dari TDM, Ingat, Jangan lalai PAS kelantan....musuh sentiasa mengintai peluang....

Tanpa Nama berkata...

22 tahun Mamat ni jadi orang no 1 Malaysia, 19 tahun Kelantan jatuh ke tangan PAS!!