15 Feb 2010

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hilang

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Bin Mohamad didapati hilang dan tidak dapat dihubungi semenjak Jumaat, 12 Februari.

Kali terakhir beliau didapati keluar daripada rumahnya dengan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Unser berwarna merah dengan nombor pendaftaran WJD4469.

Pada tarikh itu, beliau keluar untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin dan kemudian dikatakan memaklumkan kepada salah seorang ahli mesyuarat yang akan berjumpa kawan pada tengah malam itu.

Semenjak daripada tarikh itu, beliau tidak muncul-muncul dan nombor telefonnya tidak lagi dapat dihubungi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdra Kamaruzaman Mohamad memaklumkan kepada krew PemudaGombak.com bahawa sehingga kini usaha mencari Tuan Haji Mohamad Nor sudah menemui petunjuk.

“Kereta dan telefon beliau dikesan berada di Temerloh. Kita sudah meminta pertolongan daripada rakan-rakan kita di sana”, kata Sdra Kamaruzaman Mohamad yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat.

Krew PemudaGombak.com dan seluruh ahli jawatankuasa dan ahli Pemuda PAS Gombak mendoakan keselamatan beliau. -pemudagombak

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"“Kereta dan telefon beliau dikesan berada di Temerloh"

eh, bukan itu dekat tempat najib ke??? ni bawak pelari laki orang lagi ke najib???

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Haji Mohamad Nor Bin Mohamad didapati hilang dan tidak boleh dihubungi..?

Ada tanda-tanda nak lompat parti macam ahli PKR di negeri Perak..?

Hidup kalau asyik menyusahkan orang lain lebih baik cepat mati...

Tanpa Nama berkata...

dah balik ghumah dah pun...