5 Feb 2010

Lintas Lansung Perbicaraan Kes Liwat Saiful Hari Ketiga 5/2/2010

Semalam, bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu, Mohd Saiful, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam dirinya membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor selepas dua hari kejadian liwat.

Dalam keterangannya dia memberitahu, dia mendapatkan pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008. Dia juga menyatakan laporan polis turut dilakukan di hospital berkenaan pada hari yang sama.

Menjawab pertanyaan ketua pendakwaan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah, Saiful memberitahu beliau telah pergi ke dua hospital sebelumnya iaitu Hospital Tawakal di Jalan Pahang dan Hospital Pusrawi di Jalan Maktab.

Di Pusrawi saya ada mendapatkan pemeriksaan daripada seorang doktor yang dikenalinya sebagai Doktor Muhammad Rosman Shamsul Amin.

“Saya disuruh membuka seluar dan berbaring secara meniarap di atas katil. Doktor itu ada memasukkan sesuatu (ke dubur). Namun, ketika benda itu dimasukkan saya terus berterus terang saya telah diliwat.

“Doktor itu kemudian menghentikan pemeriksaan kerana menurutnya hospital tersebut tidak mempunyai kelengkapan forensik selain memberitahu laporan daripada hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti. Beliau juga menasihati saya membuat laporan polis dan pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan yang mana pada ketika itu paling dekat adalah HKL,” katanya.

Mohamed Yusof: Kamu ikut nasihat beliau?
Saiful: Ya.
Mohamed Yusof: Selepas itu?
Saiful: Selepas tiba di HKL, saya tidak tahu hendak buat apa. Secara logiknya saya terus ke kaunter pendaftaran pesakit luar dan mendaftarkan diri. Saya berjumpa dengan seorang doktor wanita India. Bagaimanapun, saya segan sebab doktor itu seorang wanita. Selepas itu, doktor tersebut menyuruh saya ke bilik sebelahnya iaitu bilik seorang doktor lelaki India. Saya ingat namanya, iaitu Doktor Daniel.
Mohamed Yusof: Apa berlaku selepas itu?
Saiful: Kerana saya sudah penat sebab sebelum itu telah pergi ke dua hospital, saya terus berterus terang tujuan saya datang adalah untuk melakukan pemeriksaan kerana telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya terus menyebut namanya (Anwar Ibrahim).
Mohamed Yusof: Kemudian?
Saiful: Doktor itu terkejut dan terus menulis satu nota dan arahkan saya ke unit kecemasan OACC (One Stop Crisis Center). Saya sampai di wad berkenaan setengah jam kemudian kerana saya tidak tahu dan perlu mencarinya.
Mohamed Yusof: Dapat berjumpa dengan doktor?
Saiful: Selepas setengah jam menunggu, seorang doktor lelaki India datang. Tetapi, beliau hanya melakukan pemeriksaan tekanan darah dan beredar. Selepas sete- ngah jam, beliau datang balik iaitu pada jam 4.30 petang. Beliau nasihatkan saya membuat laporan polis terlebih dahulu kerana tanpa laporan berkenaan pemeriksaan tidak boleh dibuat.
Mohamed Yusof: Bila kamu buat laporan polis?
Saiful: Memang hasrat saya nak membuat laporan polis selepas pemeriksaan, jadi saya buat laporan polis di wad tersebut.
Mohamed Yusof: Bagaimana kamu dapatkan borang (buat laporan polis)?
Saiful: Ada dua anggota polis datang ke wad. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka datang dari pondok polis dekat hospital berkenaan. Tetapi, bukan saya yang memanggil mereka.
Mohamed Yusof: Ada doktor periksa?
Saiful: Tidak ada. Sehinggalah malam iaitu selepas (solat) Isyak lebih kurang jam 9 malam barulah doktor datang.
Mohamed Yusof: Berapa orang doktor?
Saiful: Ramai. Ada seorang doktor lelaki Cina, dua doktor lelaki Melayu dan seorang doktor perempuan Melayu sedang mengandung serta beberapa jururawat.
Mohamed Yusof: Selain doktor ada orang lain datang?
Saiful: Ada. Iaitu pegawai penyiasat kes ini.
Mohamed Yusof: Ada doktor bertanyakan apa-apa kepada kamu semasa pemeriksaan dilakukan?
Saiful: Ada. Saya ceritakan semuanya dari awal. Kemudian mereka melakukan pemeriksaan. Mereka bertanya sama ada saya mengalami kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh badan.
Mohamed Yusof:Ada mereka menggunakan apa-apa alat pemeriksaan?
Saiful:Ada.
Mohamed Yusof: Ada kamu berkesempatan melihat alat-alat itu?
Saiful:Ada banyak. Tetapi, yang saya ingat putik kapas.
Mohamed Yusof: Ada apa-apa sampel diambil dari kamu?
Saiful: Ada. Ada banyak, tapi yang saya ingat mereka gunakan putik kapas untuk mengambil sampel pada bahagian leher, badan, dan dubur.
Mohamed Yusof: Selepas mereka mengambil sampel-sampel ini, ada mereka minta kamu berbuat apa-apa?
Saiful:Ada. Saya diminta menandatangani sampel-sampel berkenaan yang diletakkan di dalam bekas yang telah dilabelkan..
Mohamed Yusof:Berapa banyak kamu tandatangan?
Saiful:Ada banyak, saya tidak pasti.

Prosiding disambung pagi ini.

9.30 am: Bilik mahkamah penuh sesak. Anwar masuk bersama isterinya Wan Azizah
9.40 am Anwar berkata sesuatu dengan abangnya dan Chua Jui Meng. Peguamnya Sankara Nair baru masuk.
9.45 am: Nurul Izzah dan adiknya tiba. Dikuti dengan Karpal Singh
9.52 am: Peguamcara Yusof menunjukkan sebuah bekas mengandungi bahan-bahan bukti dari calitan kapas kepada Saiful, yang mengesahkan bahan-bahan itu kepunyaannya.
9.59 am: Yusof menunjukkan bekas kedua bertanda "swab below the thigh" yang Saiful mengesahkannya lagi sebagai miliknya.
10.02 am: Sama dengan bekas ketiga dan keempat. Kesemuanya disahkan oleh Saiful sebagai miliknya.
10.05 am: Masih ada lagi bekas yang diunjuk untuk disahkan Saiful.
10.07 am Bekas yang mengandungi calitan dari bahagian dubur juga diunjukkan dan disahkan oleh Saiful
10.10 am: Bekas-bekas itu kemudian diunjukkan kepada Hakim dan peguam pembela.
10.13 am: Di kawasan luar mahkamah, dipenuhi wartawan.
10.15 am : 2 trak FRU, 2 trak polis & 1 water cannon di luar pagar mahkamah bersedia menghadapi demo yang dirancang selepas solat Jumaat di luar Masjid Wilayah.
10.16 am: Bekas ke lapan dan ke sembilan yang berlabel "calitan kapas dari bahagian dubur" turut diunujukkan kepada hakim dan peguam pembela.
10.25 am: Botol mengandungi sampel darah, alkohol & toxicology diunjukkan kepada Saiful, hakim dan peguambela.
10.28 am: Saiful menyatakan foto-foto keseluruhan badannya telah diambil semasa pemerksaan doktor dilakukan terhadapnya.
10.36 am: Saiful turut mengesahkan kandungan repot kepada polis mengenai bahan-bahan yang diserahkan kepada polis.
10.42 am: Bahan-bahan termasuklah 2 pasang seluar dalam berwarna hitam/kelabu, baju G2000 berwarna hijau, seluar panjang hitam & sati tiub KY jelly, kata Saiful.
10.43 am: Saiful berkata ada bahan-bahan yang diserahkan kepada polis adalah dari rumah tunangnya.
10.45 am: Saiful menyatakan seluar panjang hitam adalah "hadiah" dari Anwar.
10.46 am: Baju hijau berjenama G2000 saya pakai semasa saya membuat laporan polis.
10.50 am: Saiful keluarkan seluar dalam berjenama Levis bewarna kelabu dengan pencerut hitam dari sebuah sampul. Hadirin tersenyum sinis.
10.51 am: Seluar panjang hitam itu digunakan semasa insiden liwat dan semasa membuat laporan polis.
10.53 am: Kehadiran polis yang ramai di jalan masuk ke Kondominium Desa Damansara kerana dijangka satu lagi lawatan akan dilakukan.
10.55 am Saiful menyatakan kepada doktor semasa pemeriksaan di Hospital PUSRAWI, bahawa dia diliwat sebelum pemeriksaan ke atasnya selesai.
10.56 am: Saiful menyatakan doktor tidak memberitahunya hasil pemeriksaan setakat itu
10.57 am: Kini Saiful menerangkan bagaimana dia mula-mula berkhidmat dengan DSAI pada Mac 2008
10.58 am: Saiful berkata, pada bulan Mac dia dihubungi oleh Rahimi, yang menyuruhnya datang ke pejabat DSAI, ditawarkan kerja membantu jentera pilihanraya. Kali pertama bertemu anwar, cerita program ceramah pilihanraya, Dia terkejut sebab tak tau apa apa mengenainya. Lepas tu, katanya, Anwar kata, "I appreciate your help", sebagai isyarat terima Saiful kerja jadi sukarelawan. Saiful menyatakan Anwar adalah idolanya.
11.00 am: Saiful menerangkan mengapa dia meletakkan jawatan. Menyatakan dia "tak ingin diperlakukan sedemikian lagi". Karpal membantah perkataan "sedemikian lagi".
11.08am: Saiful menyataka Anwar telah menawarkannya tawaran, memujuknya supaya jangan berhenti dan menawar untuk menaja pengajiannya sepenuh masa dengan bayaran gaji penuh dan elaun.
11.09 am: Saiful menyatakan dia ketakutan semasa itu dan bersetuju.
11.11 am: Pihak pendakwa kini menayangkan rakaman CCTV di layar putih apa yang tidak dapat ditayangkan semalam.
11.13 am: Rakaman video menunjukkan kereta Saiful berwarna maroon sampai ke kondo dan berkata sesuatu dengan pengawal. Dilaporkan video itu jelas dan kedudukan CCTV "begitu tepat".
11.15 am: Satu lagi rakaman ialah Saiful meninggalkan kondo
11.17 am: Karpal membantah gambar yang disiarkan di Utusan. Hakim menyatakan tak ada apa salahnya pada gambar itu.
11.19 am: Mahkamah telah bersiap untuk lawatan ke kondo Desa Damansara untuk kali kedua.

TAMAT KEMASKINI SESI PAGI

2 ulasan:

serupasekala berkata...

Kalau kena rogol biasanya buat lapuran polis dulu baru kena buat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.

kalau kena lie what kena priksa doktor dulu baru buat lapuran polis.

untung le kena lie what tak payah pergi kebalai polis. polis sendiri yang datang.

Bagus Polis Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Tengok gambar SJJ nie cun juga. Bini dia tak takut kena AIDS? Kih... kih...