14 Feb 2010

Khalid Samad Tak Akan Rayu, Serahkan Kepada J/K PAS Pusat

Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad mengubah pendirian dengan menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh jawatankuasa disiplin akhir bulan lalu.

Sebaliknya Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyerahkan kepada jawatankuasa kerja pusat PAS untuk menentukan nasib beliau.

Kata Khalid (gambar), jika jawatankuasa kerja pusat merasakan keputusan jawatankuasa disiplin yang dipengerusi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak adil, pihak berkenaan yang harus mengkaji semula hukuman itu.

“(Saya) tak akan merayu. Jawatankuasa kerja pusat tahu fakta.

“Kalau mereka rasa tak adil, boleh betulkan tanpa saya membuat rayuan. Kalau rasa adil, apa gunanya merayu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Selain kepada jawatankuasa kerja pusat, Khalid juga boleh merayu kepada Majlis Syura PAS.

Jawatankuasa kerja pusat PAS yang sepatutnya bertemu esok telah menangguhkan mesyuarat mereka disebabkan cuti sambutan Tahun Baru Cina.

Akhir bulan lalu Khalid yang juga anggota Lajnah Politik PAS berkata akan membuta rayuan berhubung penghakiman jawatankuasa disiplin.

Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu pelbagai reaksi dikemukakan oleh ahli dan pemimpin PAS, antaranya menyifatkan keputusan jawatankuasa disiplin sebagai tidak adil.

Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan rasa puas hati dengan dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.

Semalam, penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Hanipa memnberitahu The Malaysian Insider beliau akan meminta jawatankuasa kerja pusat agar mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akan melihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.

“Sama ada kedua-dua mereka mengemukakan rayuan ataupun tidak, jawatankuasa pusat mesti mengkaji semula keputusan yang dibuat jawatankuasa disiplin,” kata beliau.

Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang Khalid selama enam bulan.

Pesuruhnjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pula diberikan amaran.

Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Hasan.

Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Liow Siew Moi.

Hanipa memberitahu berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam keputusan yang diumumkan bulan lalu tidak kelihatan sebagai sesuatu yang “logik dan rasional serta munasabah”.

Beliau juga mahu menulis surat kepada lembaga disiplin bagi mendapatkan penjelasan tentang alasan yang digunakan untuk mencapai keputusan mereka.

Hanipa berkata beliau akan menentukan tindakan susulan berdasarkan penjelasan yang akan diberikan oleh jawatankuasa disiplin kelak. -MI



3 ulasan:

Unknown berkata...

hehehehe,

Ubah keputusan tidak selesai masalah yang sebenar....

kekalkan keputusan supaya PAS ada integriti dan pecat AJK disiplin yang terlibat utk diganti dengan orang lain yang lebih berwibawa untuk keadilan yang saksama di masa akan datang ....

Barulah nampak keadilan itu untuk semua bukan untuk individu tertentu...

Jebon berkata...

Saya sokong pendirian YB Khalid. Jika JKD rasa bersalah, maka perbetulkan kesalahan tersebut supaya RAKYAT (bukan ahli PAS)tidak terus keliru. Utamakan rakyat, bukan ahli kerana ahli akan walak sewalak-walaknya pada pemimpin walaupun pemimpin bodoh serupa dengan ahli UMNO walak pada Pak Lah dulu walaupun kuat tidur.

YB Khalid tak risau kerana dia tak ada kepentingan serta tak ada cita-cita nak jadi MB Selangor. Lagi pun beliau pernah dipenjara (ISA). Beliau adalah pejuang sebenar setelah banyak menerima ujian.

Yang sorang lagi tu masih belum diuji. Beliau hanya dipandang sebagai seorang oportunist yang cuba mendapat laba dari jawatan yang dipegang. Percayalah, jika yang berangan jadi MB ni digantung beliau akan belot. Beliau dengan Zahrain lebih kurang sama. Beliau juga cuba untuk dapatkan projek dari Universiti Medina diShah Alam.

Fitnah? Pasti perkana ni akan dituduh fitnah kerana perkataan fitnah itu dah menjadi perkataan mengelak bagi seorang oportunist politik seperti beliau.

kembara putih berkata...

Setuju dengan Jebon tu, tambah pula yang sorang tu sebelum ni pernah berkubang dalam mahligai UMNO, jadi perangai dan matlamat hidup tak ubah seperti pemimpin2 UMNO yang lain.

PAS dulu tiada masalah sebegini, tapi sejak kemasukan pemimpin2 yang berasal dari UMNO, PAS sekarang lebih memperjuangkan Melayu dari Islam sendiri. Melayu lebih penting dari Islam.