12 Feb 2010

Cepat Humbankan Utusan - Azmin

Mari bankrapkan Utusan.” Itulah seruan Naib Presiden Parti Keadilan (PKR), Mohamed Azmin Ali pada ceramah Selamatkan Malaysia semalam.

Azmin mengajak semua masyarakat akar umbi termasuk rakyat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor korporat dan swasta di negeri Pakatan Rakyat supaya memboikot dan menghentikan langganan terhadap Utusan Malaysia.

"Saya nak rumuskan, dalam ucapan pada malam ini. Saya nak menjaga orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia. Kita kena buat keputusan yang penting pd mlm ni saya nak mencadangkan kpd rakyat Selayang, rakyat Gombak, rakyat Selangor dan rakyat Malaysia. Setuju atau tidak kita lancarkan kempen bankrapkan Utusan Malaysia,"katanya.

Azmin berkata demikian dalam ucapannya di sesi penerangan ‘Selamatkan Malaysia’, semalam.

Hal ini disebabkan tindakan Utusan Malaysia yang sering menyiarkan berita, gambar dan artikel yang memprovokasi keharmonian antara kaum dan memperburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, Utusan Malaysia tidak memajukan langsung bangsa Melayu malahan meruncingkan lagi masalah perhubungan mereka dengan bangsa lain.

"Utusan Malaysia sebenarnya memperlekehkan dan memperbodohkan orang melayu dalam negara ini. Lagi cepat kita humban utusan malaysia, lagi cerdik orang melayu dalam negara kita," katanya. -TVS




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan beli utusan, jangan pangkah barisan

Tanpa Nama berkata...

Iya... aku dah tak beli sejak sebelum 2007 lagi.

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan saya memang dah ramai yg tak beli akhbar utusan ini.... sebab india yg jual surat khabar ni ada cerita kat saya memang akhbar utusan dah tak berapa laku... dia kata bisnes teruk.... tapi mcm mana pulak ngan media letronik ... tv1, tv2, tv3.... ini semuanya terdiri dari golongan barua umno ...