30 Jan 2010

Tersebar Juga Gambar Aduka

Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam. Foto dari akhbar TheStar. Semasa foto dirakam kemungkinan Aduka tidak perasan.

Semalam, beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok (hari ini).

Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

Ulasan GB

Itu tabiat semula jadi manusia. Tabiat ingin tahu, macamana muka Aduka sebenarnya. Lepas ini ada lagi, ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya isteri pilihan Aduka, warga Kelate itu.

Tak apa ler Aduka. Dah famous dan dah jadi public figure ala selebriti.

Selamat Pengantin Baru. Semuga selepas ini Aduka berubah. Perubahan itu perlu untuk kemajuan diri, kemajuan keluarga, kemajuan ugama, bangsa dan tanahair.

Tuhan menyayangimu lantas direncanakan kesilapan untukmu. Ingat, Allah juga merencanakan kesilapan untuk Adam sehingga termakan buah khuldi, kemudian Adam dipilih menjadi khalifah. Semua disuruh sujud kepada Adam selepas itu, semua sujud kecuali iblis!

Begitu juga rencana bagaimana Yusuf selamatkan adiknya Bunyamin.

Dan bagaimana hebat khalifah Umar menentang ajaran Allah sehingga Nabi Mohd hendak dibunuhnya. Apabila Umar berubah, beliau menjadi salah seoramg Khalifah Islam termasyur, dan diantara dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w.

Jadi kepada si pengutukmu, jangan hiraukan mereka. Belum tentu mereka akan ditamatkan dengan baik. Kelak siapa tahu mereka yang akan disuruh untuk "sujud" (dengar cakap) kepadamu.

GB lagi lama dah merasa kena kutuk. Tapi GB senyum sebab GB tahu itu rahsia Allah, tak boleh dibocorkan. Setiap kutukan akan dijilat semula nanti oleh sipengutuknya.

3 ulasan:

kulatlapok berkata...

Aduka oh aduka.. kenapa nasib mu jadi DUKA.?? Tapi Aduka, ko kena tanya pada mereka, SEINGAT AKULAH kenapa masa merEka yg NATANGkan YDP Agung dahulu TIDAK DIAMBIL TINDAKAN??

Tanpa Nama berkata...

kulat... jangan kata yang natang kang agung... yang tabal raja baru bawah pokok pun sampai hari ni tak kena apa pun... kehkehkeh...

Amuraria berkata...

HARAP LEPAS NI TUAN BLOGMASTER DAPAT ADAKAN SATU KOLUM KHAS UNTUK GAMBAR-GAMBAR BLOGGER KAKI AMPU DAN PEMBODEK PENGKHIANAT & PEMFITNAH) I.E. PAPA GOMO DAN YANG SETAIK DENGANNYA ,WASSALAM