30 Jan 2010

Beranikah Najib Pecat Ku Li?

Laporan malaysiakini menyebut Umno masih meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu semalam.

Katanya, beliau masih belum menerima kandungan ucapan tersebut bagi menentukan tindakan sepatutnya ke atas ahli parlimen Gua Musang itu.
.
"Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh jadi bagi tempoh masa kepada kita untuk dapatkan laporan apa yang diucapkannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Jelasnya lagi, kandungan ucapan Tengku Razaleigh itu juga akan dibincangkan lanjut oleh parti.

"Pendirian kita, mesti patuh kepada disiplin parti. Tetapi macam mana pun kita akan bincang perkara ini," tambahnya lagi.

Beliau yang juga presiden BN menjelaskan, keputusan untuk memberi wang ehsan kepada rakyat Kelantan dibuat berdasarkan tanggungjawabnya sebagai kerajaan.

"Apa yang berhubung dengan rakyat kelantan, kita akan bagi. Kita tak lari daripada tanggungjawab kita. Tapi kita mesti buat apa-apa berdasarkan perlembagaan," katanya.

Ulasan GB

YBM Tengku Razaleigh Hamzah adalah pengasas Petronas. Beliau telah menyatakan adalah menjadi kewajipan Petronas membayar royalti sebanyak 5% kepada kerajaan Kelantan.

Ucapan beliau telah dilakukan dihadapan rakyat Kelantan yang berpuluh ribu ramainya menyertai Majlis Solat Hajat di Kota Bahru malam kelmarin.

Dan kini Najib menyatakan Umno masih meneliti kandungan ucapan Tg. Razaleigh. Apa lagi, cuba ler hadapkan Ku Li ke Lembaga Disiplin UMNO. Ada berani?


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn Terima Kasih

martoiriat. berkata...

UMNO dan Najid tidak berani nak
memecat Ku Li drp UMNO. Jika mereka
memecat Ku Li, UMNO Kelantan akan
bertambah nazak.Itu adalah keadaan
politik diKelantan.

Dalam tahun 1990, Ku Li telah menuboh parti melayu Semangat 46, dimana ketika itu beliau bergabong
dgn PAS diatas tiket Angkatan Perpaduan Ummah dan dalam pilihanraya tahun itu UMNO hilang
kesemua kerusi yg ditandinginya. Itulah kekuatan Ku Li dan pengaruhnya dimata rakyat Kelantan.
Jika UMNO dan Najid serta UMNO
Kelantan memecatnya kali ini sudah
tentu Ku Li akan bersama2 dgn PAS
sebagaimana tahun 1990 akan berulang lagi. Dalam dunia politik
UMNO harus terima hakikat ini bahawa bila2 masa kawan akan jadi musoh dan musoh akan jadi kawan.
Jika Datuk Pa atau Awang Adek berani, cubalah pecat beliau. Aku
cabar puak2 UMNO diKota Bharu, pecatlah Ku Li...

Sebenarnya Ku Li datang keKelantan
baru2 ini hanyalah utk menerangkan
masaalah perjanjian royalti minyak
yg telah dibuatnya tahun 1975, diantara beliau selaku Pengurusi
Petronas ketika itu dgn Kerajaan
Kelantan.Ku Li cuma menerangkan fakta2 perjanjian yg dibuatnya 35 tahun yg lalu. Bukan mencipta cerita2 donggeng. Untok kebaikan
rakyat apa salahnya.
Jika itu pun menjadi kesalahan,aku
cabar UMNO dan Najib serta Pengurusi Perhubongan UMNO Kelantan
memecat Ku Li..

Pendapat Aku.. Sampai kucing bertanduk pun, UMNO tak memecat Ku
Li.. Itu realitinya..

Tanpa Nama berkata...

soalan macam beranikah najib pecat rosmah?

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak tunggu apa lagi? Pecatlah Ku LI!!

Tanpa Nama berkata...

serupa dengan JK Disiplin Pas keatas Hasan Ali dan puak UG

Tanpa Nama berkata...

JK disiplin PAS Umno sama je.. Main wayang.. Selagi ada pro-UG dlm Pas, selagi tulah Pas akan terus kluk-klik.