30 Jan 2010

Beri wang ihsan melalui JPP ceroboh demokrasi

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi menyifatkan pemberian wang ihsan kepada negeri Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai pencerobohan demokrasi terhadap Kerajaan Negeri.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di negara yang mengamalkan sistem berperlembagaan apabila JPP yang ditubuhkan secara tidak berdemokrasi sebagai kerajaan yang haram tiba-tiba layak untuk menerima duit rasmi melalui perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Negeri.

“Menjadi satu pencerobohan apabila ada pihak lain yang ditubuhkan tidak mengikut sistem demokrasi tampil menerima wang tersebut dan menafikan hak Kerajaan Negeri yang sah dan dipilih oleh rakyat sendiri.

“Ini kerana wang tersebut adalah milik Kerajaan Negeri yang telah termaktub dalam perjanjian dengan Petronas yang sepatutnya membayar royalti secara terus kepada Kerajaan Negeri,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Abdullah berkata, oleh kerana royalti merupakan sebahagian daripada perjanjian Kerajaan Negeri dengan Petronas, maka menjadi tanggungjawab Petronas untuk bayar royalti secara terus bukannya melalui pihak lain yang tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri hanya kerana alasan Kerajaan Negeri tidak bijak menguruskan kewangan.

Katanya, alasan berkenaan tidak timbul kerana perkara asas yang paling utama adalah hak sesebuah negeri itu untuk menerima hasil daripada perjanjian yang dibuat bukan soal pengurusan atau kelayakan.

“Kalau nak pertikai soal bijak atau tidak, sudah ada contoh yang berlaku di Terengganu apabila stadium yang bernilai lebih RM300 juta runtuh secara tiba-tiba, ditambah pula stesen bas dan masjid yang juga runtuh serta hospital yang tidak dapat digunakan selepas dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

“Secara logiknya, kejadian tersebut menunjukkan berlakunya salah guna kuasa ataupun tidak menguruskan kewangan dengan baik. Jadi di mana bijaknya Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, Che Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu turut menyelar tindakan beberapa pemimpin UMNO yang merupakan rakyat Kelantan bertindak menyokong Kerajaan Persekutuan memberi wang ihsan kepada negeri ini sedangkan mereka sendiri tahu apa hak rakyat Kelantan.

“Sebagai rakyat Kelantan yang menjadi pimpinan negara, mereka sepatutnya bercakap dengan lebih bermaruah mempertahankan hak rakyat negeri ini, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Demi kepentingan politik dan jawatan dipegang, mereka sanggup mengetepikan kebenaran dan menafikan hak rakyat. Orang seperti ini patut ditolak dan tidak layak menjadi wakil rakyat,” katanya.

Katanya, apa yang dapat dilihat sekarang, Kerajaan Persekutuan ibarat pencuri yang tertangkap kemudiannya datang untuk berbincang bagaimana menggunakan barang curian itu dengan pemiliknya. -SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau BN/UMNO buat semua betul, kalau rasuah pun tak salah

Martoiriat berkata...

Memang kerajaan pusat (UMNO-BN)
mwngkhianati rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan telah pun memileh
PAS sebagai kerajaan dan mentadbir
Kelantan dlm PRU 12 yg lalu. Tapi
kerajaan BN menafikan amanah ini
dgn menubuhkan Jabatan Pembangunan
Persekutuan(JPP). Segala bentuk
bantuan kpd Kelantan akan disalurkan kpd JPP melalui UMNO,
sedangkan kerajaan pimpinan PAS ada
lah Kerajaan yg sah disisi undang2.
Tapi UMNO menafikan dan tidak boleh
menerima hakikat ini.

UMNO sebuah parti yg tidak mempunyai prinsip dan membelankangi
undang2 serta perlembagaan dlm
sebuah negara demokrasi.Mereka tidak boleh menerima hakikat orang
lain yg menang. Pemimpin2 UMNO
memang orang2 jakun yg sentiasa
mengunakan hukum rimba, terutamanya
dua pemimpin UMNO Kelantan yang
menjadi dalang dlm isu royalti
minyak baru2 ini.

Memang sah UMNO tidak mempunyai
prinsip utk membela bangsa melayu.
UMNO melahirkan pemimpin2 yg berfikiran sempit dalam undang2.
Memutar belit soal hak royalti.
Boleh dikatakan orang yang jadi
pemimpin2 UMNO, semuanya menjadi
putar alam senada dgn perdana
menteri mereka. Jika perdana menteri mereka kata tahi itu harum
baunya.. pemimpin2 dan pak2 menteri
mereka berkatalah harummm nya tahi
itu.

Jika mereka berjuang dan mamasuki
politik utk membela rakyat mereka
harus menerima hakikat perjanjian
bahawa royalti minyak mesti di
berikan kembali kpd rakyat Kelantan. Natijahnya.. orang2 yang
memasuki UMNO bukanlah untok membela bangsanya sendiri tapi
segala2nya pasal wang semuanya dan
dari situlah timbulnya perasuah2 yg
dilahirkan UMNO..