9 Jan 2010

Serangan Gereja Untuk Operasi Lalang Ke II

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar melahirkan rasa bimbang sekiranya serangan keatas gereja sekitar Lembah Klang merupakan isyarat awal 'Operasi Lalang II'.

“Operasi Lalang suatu ketika dulu menyaksikan sentimen Melayu begitu kuat sehingga ada pihak menyeru supaya orang-orang Melayu bersenjata ke Kuala Lumpur untuk membunuh orang-orang Cina,” jelasnya memetik laporan Harakahdaily.

“Perhimpunan tersebut akhirnya tidak berlaku, tetapi beberapa pemimpin pembangkang pula ada (yang) ditangkap (oleh Kerajaan) atas nama menjaga keselamatan negara. (sedangkan) pemimpin- pemimpin tertentu dalam Umno (dan) BN yang menjadi punca tercetusnya (Operasi Lalang) itu selamat (tidak ditangkap)," jelas Mahfuz.
Mahfuz tidak menolak kemungkinan ada 'tangan ghaib' yang sengaja mencetuskan suasana tidak tenteram.

Setakat ini, kes serangan gereja dilaporkan berlaku Lembah Klang dan Selangor. Setakat ini, tiada kes di luar negeri Pakatan Rakyat ini dilaporkan.

Kerajaan Selangor turun padang hari ini meninjau gereja-gereja yang terjejas dan menyeru orang-ramai supaya berwaspada.

“Kita (PAS) tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak kira orang Islam atau bukan (Islam) (supaya) lebih berhati-hati kalau ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang sengaja mencetuskan provokasi (berkaitan) isu ini untuk kepentingan politik mereka,” katanya.

Mahfuz turut memperagui Kementerian Dalam Negeri yang membiarkan media massa menguja emosi negatif rakyat.

“Saya begitu meragui apabilan KDN tidakpun mengenakan tindakan yang tegas ke atas beberapa media arus perdana yang saya lihat seolah-olah melaporkan isu ini (guna nama Allah) dalam rupa yang cukup negatif sehingga membawa suatu suasana saling membenci dan berprasangka antara satu sama lain,” tegasnya.

Ulasan GB

Tangkap dan hukum Si Pemabakar Gereja, tajuk satu entri di dalam sebuah blog.
Soalnya siapa si Pembakar Gereja itu?
Apakah ada pihak yang sedang bersandirwara?


8 ulasan:

pis berkata...

Oleh kerana minda tanpa sedar ini berfungsi seiringan dengan rasa kebencian terhadap kelompok politik tertentu, maka orang Islam tanpa ragu-ragu membuat tuduhan keganasan kepada saudara seagamanya. Tanpa rasa bersalah. Pihak berkuasa belum menjalankan apa-apa siasatan dan kes itu belum pun sampai 24 jam, orang Islam sudah bersorak bahawa orang Islam lain adalah pengganas -- membakar gereja.jangan salahkan yahudi dan barat kerana kerja mereka jadi senang sebab tak perlu buat propaganda kerana ada sekelompok islam yang "lebih islamik" tolong buat propaganda konon saudara seagama berlainan ideologi politik yang mengganas.

Tanpa Nama berkata...

berhati-hati dengan rancangan jahat UMNO..

madbi berkata...

nak bimbang apa tok fuz oi.... berani kerana benar. kalu x buat takut apa, lainla kalau ada buat!!! operasi lalang dulu lain. dulu rakyat bodoh, diam jer walau kera buat apa pon. nak melawan x berani, melayu cina india x ngam. sekarang zaman berubah melayu boleh pakai cina, india boleh pakai melayu cina boleh pakai india. cina sanggup masuk penjara bela abu kena rogol,india sanggup bela melayu kena tuduh kes liwat, Insyaallah melayu sanggup bersama cina mencari keadilah untuk yang kena bunuh. kalau ada yang kena cekup ops lalang, kita bangkit satu malaysia lawan, biar semuanya hancur. jangan salahkan rakyat kalau ini terjadi.... bertidak biar mengikut undang2 dan adil. x ada manusia waras yang mau susah....

Tanpa Nama berkata...

orang islam jadi bodoh macam UMNO

Tanpa Nama berkata...

budaya UMNO mencari kambing hitam, macam isu PKFZ, enjin jet dll

Anak PR Selangor berkata...

Kami tak percaya UMngok ni lama dah... sejak DSAI disingkirkan dengan penuh aib... Apa ke nama PM masa tu..

Sejak itu aku dah tutup buku pada UMNgok dan tidak percaya lagi pada parti Haprak tu...

Sekarang bukan lagi percaya malah membenci parti ini..

Bekas Ahli PAS berkata...

Lagi satu jangan lupa dengan perangai buruk orang PAS sendiri. Memang sekali imbas bila kita tengok berita ini kita pasti orang yang ada kaitan dengan UMNO yang buat.

Tapi ianya didorong dengan berbagai-bagai respon sebelum itu termasuk cakap-cakap dari beberapa orang BAHALUL yang berada di dalam PAS sendiri yang menari mengikut rentak UMNO terutamanya si hasan ali bahlul tu.

Bukan kami tuduh dia yang buat tapi dorongan sebelum kejadian. Cuba kita pandang semula kronologi sebelum kejadian. Cerdiklah sikit...

Bila masa bahlul tu nak dibuang dari PAS?

Saya tertarik dengan tulisan Subki Latif yang menyatakan adalah lebih baik seorang pemimpin cerdik yang berjiwa Islam berbanding dengan ulama yang tidak tahu memimpin.

Berubahlah sebelum PAS diubah...

Tanpa Nama berkata...

UMNO semakin terhimpit hingga menolak nilai-nilai islam dalam tindakannya.