Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan laman web politik rasmi pertama beliau my-Malaysia, yang antara lain memaparkan aktiviti kemasyarakatan dan politik, koleksi ucapan dan liputan berita dalam dan luar negara mengenainya.
Laman web itu juga mempunyai medium interaksi dua hala di antara Muhyiddin dengan rakyat dan boleh dilayari di http://www.my-malaysia.com.my.
"Hari ini, saya telah lancarkan laman web peribadi sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Saya berharap saudara-saudari akan menggunakan laman web ini untuk kita memberikan pandangan secara langsung mengenai apa sahaja isu," katanya ketika berucap melancarkan laman web itu.
Muhyiddin berkata penubuhan laman web itu juga sebagai usaha untuk mendekati dan berinteraksi dengan dengan anak-anak muda dengan menerima pandangan dan kritikan mereka.
"Anak-anak muda sekarang inginkan kerajaan yang telus, dalam erti kata lain menjelaskan dan menjawab apa saja isu yang dibangkitkan (dan) kerajaan komited untuk berbuat demikian. Dan untuk itu, kita akan terus mendekati anak-anak muda melalui media sosial," katanya.
Menurutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga aktif berinteraksi melalui laman web 1Malaysia, Twitter dan Facebook dan anggota-anggota Kabinet juga telah diminta untuk berinteraksi dengan rakyat melalui media sosial itu.
"Justeru itu, saya ingin ingatkan anak-anak muda untuk menggunakan media sosial dan membuat kritikan secara berhemah. Walaupun kita berbeza pendapat, usah ketepikan adab dan budaya," katanya.
Ulasan GB
Pemimpin-pemimpin tertinggi parti politik tanahair kini mengakui tentang kepentingan alam siber, kepentingan penyebaran maklumat melalui internet lantas masing-masing berpusu-pusu ke langit untuk mewujudkan laman web, blog, facebook dan seumpamanya untuk berinteraksi dengan rakyat.
Najib ada blog 1Malaysia dan semalam Muhyiddin melancarkan my-malaysia.
Sebelum ini semua orang tahu Mahathir sudah ada blog chedet.cc sedang sebelum ini semua orang tahu juga bahawa hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO "cukup berbulu" dengan blog dan alam siber malah pernah meminta rakyat jangan terpengaruh dengan sumber dari berita media angkasa ini.
Ia juga dimenafaatkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anwaribrahimblog, Lim Kit Siang dengan blog.limkitsiangnya. Musyidul Am PAS ada blog di blog tokguru
PAS mengakui kepentingan blog dan perjuangan alam siber. Malah Presiden PAS di dalam Seminar Blogger yang diadakan baru-baru ini (sekalipun beliau turut menghentam blogger supaya jangan sebar fitnah katanya) beliau mengakui kepentingan berblogging.
Tetapi persoalan timbul, dimana blog Presiden? Dimana blog Timbalan Presiden? Dimana blog Setiausaha Agong?
Mengapakah tindakan tak sama dengan perkataan?
Saya merasakan jika pemimpin-pemimpin tertinggi PAS ini mempunyai blog dapatlah idea mereka diperkongsikan dengan rakyat, dapatlah rakyat berinteraksi dengan mereka dan tak timbul lagi persoalan dimana mereka tatkala isu-isu besar melanda negara. Tak timbul soal ahli tak dapat hubungi mereka dan tak timbul apa yang dikatakan "fitnah benar dan fitnah tidak benar" kerana ia boleh dijawab melalui blog pimpinan tersebut.
Tak timbul juga soal tak ikut adab berjemaah kerana ahli boleh terus berhubung dengan pimpinan melalui email dan sebagainya. Tak timbul projek Langgar Hadi, Tak timbul isu ahli tak wala' tak tsiqah dan segala mak bapak ketundukan membabi buta seperti ahli tarikat songsang terhadap gurunya.
Justeru adalah perlu ketiga-tiga pempinan tertinggi parti supaya memikirkan dengan serius hal ini supaya jangan nanti ditempelak orang pemimpin PAS ketinggalan zaman dan pemimpin PAS cakap tak serupa bikin. Lebih buruk lagi nanti ada rakyat yang berfikir dan menuduh bukan-bukan, pemimpin-pemimpin PAS pada masa senggangnya tak dengar dan tak ikuti perkembangan semasa melalui alam siber, tapi lebih suka melayan isteri-isteri di dalam rumah.
Semangat dan wacana intelektualisme perlu dibudayakan dan pembudayaan ini sepatutnya dimulakan oleh pimpinan tertinggi parti sendiri.

Beliau (Presiden PAS) turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.
Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.
Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.
"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.
Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.-harakahdaily
Tetapi persoalan timbul, dimana blog Presiden? Dimana blog Timbalan Presiden? Dimana blog Setiausaha Agong?
Mengapakah tindakan tak sama dengan perkataan?
Saya merasakan jika pemimpin-pemimpin tertinggi PAS ini mempunyai blog dapatlah idea mereka diperkongsikan dengan rakyat, dapatlah rakyat berinteraksi dengan mereka dan tak timbul lagi persoalan dimana mereka tatkala isu-isu besar melanda negara. Tak timbul soal ahli tak dapat hubungi mereka dan tak timbul apa yang dikatakan "fitnah benar dan fitnah tidak benar" kerana ia boleh dijawab melalui blog pimpinan tersebut.
Tak timbul juga soal tak ikut adab berjemaah kerana ahli boleh terus berhubung dengan pimpinan melalui email dan sebagainya. Tak timbul projek Langgar Hadi, Tak timbul isu ahli tak wala' tak tsiqah dan segala mak bapak ketundukan membabi buta seperti ahli tarikat songsang terhadap gurunya.
Justeru adalah perlu ketiga-tiga pempinan tertinggi parti supaya memikirkan dengan serius hal ini supaya jangan nanti ditempelak orang pemimpin PAS ketinggalan zaman dan pemimpin PAS cakap tak serupa bikin. Lebih buruk lagi nanti ada rakyat yang berfikir dan menuduh bukan-bukan, pemimpin-pemimpin PAS pada masa senggangnya tak dengar dan tak ikuti perkembangan semasa melalui alam siber, tapi lebih suka melayan isteri-isteri di dalam rumah.
Semangat dan wacana intelektualisme perlu dibudayakan dan pembudayaan ini sepatutnya dimulakan oleh pimpinan tertinggi parti sendiri.
13 ulasan:
khabarnya pejabat hasan ali nk pakai pekerja utk multimedia termasuk web. Gaji pun lumayan gak tu.. Sape2 nk duit gi lah join..
Blog pemimpin Pas adalah sama dengab blog najib. kalau buat blog tetapi nawaitu, perut pedal dan fikrah sama dengan nawaitu, perut pedal dan fikrah najib maka blog najib tu kira blog pemimpin pas jugak lah.
Awas musang berbulu ayam di dalam Pakatan.
Ye ke presiden PAS tak ade blog? Saya ingatkan dah lama ada sebab hasan ali dalam setiap ceramah selalu promote presiden sentiasa dengan laptop nya. Naik kapal terbang bawa laptop, ke masjid bawa laptop, ke jamban pun bawa laptop.
Dia buat apa dengan laptop tu? Main games agaknya kot?
Ada otak ke tak de dia orang ni? Kalau setakat bercakap sampai terangkat pentas ceramah saya rasa anak saya lagi hebat...
percaya la..muhyiddin tu pun bkn pandai sgt nak berblogging ni..ada duit..hire je la senang..bkn die yg mengupdate2 pun..ada wartawan sendiri...
Lain macam jer komen GB ni??
Rujuk di sini lah weh http://pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=366:blog-pimpinan&catid=1:terkini&Itemid=2
Senang jer GB panggil Tuan/Tok Guru sebagai "beliau".
Dah ramai blogger yang mengakui menyebelahi PR kini membuat keputusan sendiri.
anon 6.14
memang pun muhyddin ke najib ker, blog dia org semua main upah.
tapi sekurang2 mereka sedar blog tu penting dankuar sikit belanja upah pakar2 I.T wat blog.
yg Gb persoalkan, saya rasa, kenapa pimpinan tertinggi PAS tak der blog? kurang sgt ker pakar IT kat Trengganu? Rasanya bloggers Trengganu siap ada kelab lagi takkan tokleh bantu Tn Presiden.
Tn presdien, tim pres dan S/u Agong takkan kedekut sgt nak kuar RM100 sebulan upah untuk update kalau tak reti menulis pun.
Blogger PR
Terima kasih kerana berikan pautan blog pimpinan PAS.
Ketara blog pimpinan PAS tidak update dengan isu terkini.
Blog presiden rasnya dikendalikan oleh setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Ia tidak dikendalikan oleh TGHH sendiri.
Kalau kita lihat blog nasharudin.com kali terkahir dikemaskini Mac 2009, dah hampir setahun.
mustafa ali kemaskini terkahir 16 Julai 2008. dah betul-betul bersawang dengan sarang labah2.
Itu point agaknya GB nak ulas.
Satu hal lagi kenapa tak boleh guna istilah "beliau"? Hin sangat ker perkataan itu untuk TGHH?
Nak panggil apa? Baginda?
Agaknya bolgger PR suruh kita panggil haji hadi dengan panggilan Yang Mulia, Intan Payung kot?
kena panggil duli yang maha mulia hadi ke weh??
beliau tu kira panggilan standard lah.. kalau aku... aku tulis dia je...
Tok Guru tu bang
Presiden bawa laptop utk menulis catatan utk buku2nya kot!
Pimpinan tertinggi mana ada masa nak layan blog. Nak ceramah lagi, nak berpeluk2 dgn gerombolan lagi, nak bincang2 dlm gelap lagi..
Tak sempat beb! sibuk..
Kritikan membina GB sepatutnya dipandang serius oleh pimpinan
Perkataan "beliau" dlm Bahasa Melayu adalah sgt mulia, ianya dirujuk kepada org2 yg tertentu sahaja. Kalau org yg bawahan, org berperangai jahat, tak wajar digunakan perkataan "beliau". Kalau tak faham, tolong tanya guru bahasa melayu.... jangan duk komen benda yang kita jahil mengenainya.
Catat Ulasan