Umno mungkin akan mengambil tindakan keatas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh kerana menyokong rayuan royalti minyak rakyat Kelantan.
Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan meneliti isi kandungan ucapan pemimpin veteran itu yang dibuat di satu perhimpunan aman di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Khamis lalu.
Tengku Razaleigh dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan berhak kepada royalti minyak dan bukannya wang ehsan.
Mengulas perkembangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mengalu-alukan tuntutan Tengku Razaleigh itu.
“Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian pimpinan BN. Kita mengalu-alukan pendirian itu, dan tumpuannya kepada membantu kerajaan negeri,” kata Anwar.
Diminta mengulas desas-desus pemimpin Umno itu akan beralih parti, Anwar berkata beliau menyambut baik sekiranya perkara itu berlaku.
“Sekiranya benar, kesudian beliau didokong oleh semua ahli PR,” katanya.- TVS

3 ulasan:
Kata Kuli "Kerajaan Kelantan berhak
kaatas royalti minyak itu".
Ku li berhak bercakap begitu kerana
Ku Li adalah pengasas kpd Petronas
dan beliau lebeh arif tentang
perjanjian royalti itu dlm tahun
1975 sedangkan Najid belum lagi
menyertai dlm politik.
Jika Najid anggap kata2 Kuli itu
salah dan diluar bidang kuasanya,
saya cabar Najid dan pemimpin2
UMNO yg lain, ambillah tindakan
terhadap Ku Li atau pecat beliau
dari UMNO. Jangan hanya berani
buat kenyataan2 dTV atau diahkbar2
hanya utk mengugut Ku Li.
Apa salahkah Ku Li buat kenyataan
begitu. Ku Li berkata mengikut
perjanjian dengan berlandaskan
undang2 serta berfakta bukan mengikut persepsi sendiri. Najid
harus terima realiti ini bukan
sekadar pemikiran premitif. Itu
lah kata mantan ketua Hakim Negara,
Tun Salleh Abbas bahawa "isu royalti minyak ini dikelirukan oleh ahli2 UMNO yg berfikiran sempit dan bukan arif dalam pentafsiran undang.
Bagi pandangan aku dlm isu ini, UMNO khianat dan jahat kpd rakyat
kelantan yg sebangsa dgnnya dan
tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat Kelantan sudah menolaknya hampir 20 tahun.
teruskan perjuangan menentang kezaliman UMNO/BN kepada rakyat
Nah!! UBN la dah menggelabah.
Catat Ulasan