7 Jan 2010

Demo 100K, Ada Ahli PAS Yang Serba Salah

Kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, dengan syarat ia tidak menjejaskan keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian juga akan melakukan pemantauan terhadap laman-laman blog berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan jika ia mengancam keselamatan negara.

"Jika menjejaskan keselamatan, itu memang tugas kita untuk memastikan bahawa tindakan mereka itu akan diadili, atau ambil tindakan sebelum ia berlarutan dan wujud insiden yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet peringkat kementerian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi Jumaat ini bagi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain.

Ditanya sama ada kementerian akan membenarkan demonstrasi sedemikian diadakan, beliau berkata: "Buat masa ini, dalam keadaan seperti ini, jika tidak dibenarkan, ia akan mewujudkan emosi dan jika dibenarkan, emosi itu akan sampai ke tahap yang tidak dapat dikawal, ini akan menjejaskan keselamatan negara," katanya.

Ditanya sama ada demonstrasi yang akan diadakan Jumaat ini akan dihalang oleh kementerian, beliau berkata: "Kita tengoklah, ada permohonan atau tidak. Di kementerian ini, kami tidak berdasarkan kepada kemungkinan dari segi demonstrasi dan sebagainya. Mereka perlu memohon permit.

"Kami mempunyai kaedah untuk memantau apa yang dirancang tetapi pokok pangkalnya adalah soal keselamatan," katanya.

Hishammuddin turut meminta semua pihak agar bertenang bagi membolehkan proses mahkamah berjalan seperti yang diharapkan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini.

"Perkara ini sedang dibicarakan di mahkamah. Saya harap semua pihak agar tidak menggembar-gemburkan perkara ini lebih daripada apa yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata menjadi tugas kementerian untuk memastikan negara dan rakyat selamat dan mengenai isu sensitif dan beremosi, pihak berkuasa juga perlu bijak dan sabar dalam usaha menangani perkara itu.

"Isu berhubung agama dan kaum, sentiasa menjadi perkara yang sensitif yang boleh mengancam dan menidakkan keharmonian negara. Dalam hal ini, hanya pemimpin yang bijaksana, tidak ada kepentingan peribadi, politik atau kaum sahaja yang boleh membuat keputusan yang tepat.

"Ini satu perkara semua pemimpin kita tidak kira pembangkang atau kerajaan daripada merdeka lagi, memahami. Jangan main-main isu agama ini," katanya.

Ulasan GB

Sikap Menteri KDN yang secara terbukan membenarkan demo berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald menampakkan bahawa UMNO memang suka sesuatu isu yang boleh menimbulkan provokasi antara kaum apabila ianya nanti boleh memberikan keuntungan politik kepada UMNO sndiri.

Kalau boleh disuruh diramaikan lagi mereka yang ingin menyertai demo itu.

Kalau sesuatu yang dianjurkan pembangkang sekecil amana sekalipun bilangannya jika UMNO merasa ia tak dapat apa-apa menafaat dariny, ia akan segera dikategorikan "perhimpunan haram" dan sekatan jalanraya bermula 2-3 hari sebelum perhimpunan itu diadakan untuk menunjukkan berlaku kesesakan, berlaku ketidak-teraman awam.

Kini, KDN memberikan lampu hijaunya. Maka mungkin ada juga mereka dari ahli PAS yang tak setuju dengan pendirian PAS Pusat tempohari yang mengikut, prinsip asas Islam sebenar, penggunaan kalimah Allah itu dibenarkan, menyertai perhimpunan berkenaan.

Diantara pemimpin-pemimpin dan ahli PAS yang patut hadir ialah :

* yang mengkufurkan mereka yang tidak membantah penggunaan kalimah Allah tersebut,
* yang masih tegar menghalang menggunakan kalimah Allah tersebut sekalipun tindakannya itu membelakangkan pendirian parti
* yang tak reti bahasa yang masih bermain kata-kata menjulang kejahilan serta tidak merujuk kepada "prinsip asas sebenar di dalam Islam" terhadap masalah berkenaan
* yang sememang hatinya UMNO, cuma berbaju PAS/PR.


Untuk memudahkan urusan, mereka berkenaan boleh hubungi terus Menteri KDN, dan saya yakin anda akan diberikan prioriti untuk berada di barisan hadapan, dengan bantuan iringan pihak keselamatan.

Berkata benar sekalipun pahit!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

demo ini untuk melahirkan rasa tidak puas hati umat islam seperti kami tanpa kepentingan politik. tuan adalah ahli pas tahap perosak bangsa dan agama. tuan orang bukan islam yang menyamar dalam bog pas ke? bukan semua orang fikir macam tuan. tapi jangan jadi penghasut.

Tanpa Nama berkata...

UMNO teringin nak buat demo haram tapi halal oleh BN...

Tanpa Nama berkata...

UMNO menjadi dalang berdemo untuk memerangkap yang lain...jangan terpedaya...

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak alih isu gula naik harga, kalau pakatan perintah malaysia PRU12 lalu harga gula tak naik...

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi perangkap UMNO untuk orang PAS

Tanpa Nama berkata...

GB tak berubah dan tak akan berubah.
Mungkin, selamanya macam dulu.
Sindiran demi sindiran, bisa menambah perbalahan dalam isu yg dipertikaikan.

Saya bukan dibelah mana2 pihak. Sekadar pemerhati. Mungkin ini juga bakal ditempelak.

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Penulis skrip berkata...

Kalau Menteri Dalam Negeri berkata "Kami mempunyai kaedah untuk memantau apa yang dirancang tetapi pokok pangkalnya adalah soal keselamatan,"... menunjukkan bahawa beliau bersikap double standard. Mereka membiarkan demo dilakukan hanya untuk kepentingan mereka semata-mata

Demo yang bakal diadakan itu jika dikaji secara terperinci adalah bermotifkan politik bukan kerana agama islam dan ianya tidak memberi apa-apa kebaikan untuk kita kecuali menguntungkan pada pihak UMNO yang telah kehilangan banyak sokongan.

Sebelum ini tiada seorang pemimpin UMNO pun yang tampil tanda bersetuju laksanakan hukum hudud di Malaysia ketika pemimpin PAS mencadangkan peraturan diguna pakai dalam Malaysia.

Tapi tiba-tiba mereka mengharapkan orang ramai sokong mereka menghalang mahkamah dari membenarkan orang bukan islam menggunakan nama Allah...? Tidakkah itu sesuatu yang pelik bagi orang yang mahu berfikir..?

Kepada orang yang bodoh menilaikan apa yang dimahukan oleh pemimpin UMNO dimasa ini, teruskan hajat anda menyertai demo itu.

Tetapi kepada anda yang mempunyai akal yang waras, fikirkan apa yang telah UMNO sumbangkan jasa mereka terhadap agama islam..? Dan nilai kan semula berapa banyak peraturan dan undang-undang islam yang tidak mereka patuhi...?

Jika ada pemimpin PAS seperti Nasharudin Mat Isa dan beberapa orang yang setaraf dengannya ingin menyertai kumpulan UMNO berdemo, jangan diikut jejak langkah mereka, biarkan mereka bersama orang UMNO terjerit dan terlolong macam anjing nampak hanturaya.

Isu berkaitan nama Allah telah diselesaikan oleh presiden PAS dan ianya jelas nama "ALLAH" boleh digunakan oleh orang bukan islam untuk tujuan kemulian dan bukan untuk penghinaan.

Dan kita juga bersetuju dengan pandangan Dr. Hassan Ali "Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam.."

Kedua-duan pandangan dan juga cadangan ini mempunyai kepentingan tersendiri demi masa depan bangsa melayu beragama islam.

Presiden PAS bersikap bertolak ansor berpandukan alquran, sedangkan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali bersikap tegas berpandukan kepada politik semasa dan keadaan akidah bangsa melayu terhadap agama islam ketika ini dan akan datang.

Kesimpulannya nama "Allah" boleh digunakan oleh pihak yang bukan beragama islam dalam keadaan yang terhad dan tidak berunsur penipuan atau pun penghinaan. Dan jika ada diantara mereka melakukan pengelewengan terhadap nama "Allah" mereka mesti didakwa dan dihukum.

Oleh yang demikian, kita yang mengaku beragama islam, tidak perlu turun kejalan raya berdemo bersama orang UMNO untuk mencari keuntungan politik mereka saja.

Jika ada diantara kita mahu juga turun berdemo, maka kita berdemo mencari keadilan terhadap tuduhan kes liwat Anuar Ibrahim dimahkamah syariah.

Jebon berkata...

Apa yang nak serba salah? Dulu kata pemimpin dan ahli-ahli PAS bijak-bijak belaka. Kenapa sekarang tak pandai nak membaca perangkap yang dipasang UMNO?

Peliklah manusia ni? Kejap nampak bijak, kejap nampak macam *****.

Susah sangat ke nak faham agenda UMNO tu?

Tanpa Nama berkata...

penulis skrip perlaksanaan hukum hudud bukan semudah yang dikata. perlembagaan berparlimen segala hukum perlu mendapat kelulusan parlimen, pendek kata majoriti. camne nak jalan hudud sedang kita islam berpecah. bolehkah pas laksana hudud jika minoroti dalam pr. kat kelantanpun tak buat camne tu? isu hududpun pas dah senyap awak ungkit balik.

Martoiriat berkata...

Kapada Penulis skrip..

Saya setuju dengan pandangan dan
pendapat anda. Berdemo bukanlah
mencari jalan penyelesaian malah
akan menjadi bertambah rumit, yang
untung hanyalah UMNO... jadi yang
nak berdemo sangat, biarlah orang2
yg berjiwa UMNO saja. Mereka nak berdemo tu, bukan pasal islam tapi
sengaja nak politikan isu2 ini supaya orang2 melayu sokong mereka..

Tanpa Nama berkata...

dari mahkamah lagi dah kita nampak peliknya,mengapa diletakkan hakim yg beragama lain dari islam utk mengadili kes nama Allah ini.hakim tu bukannya reti bab agama islam...
yang lebih teruk lagi,kita selama ini yg meninggalkan dan mengambil apa yg perlu saja dari al-quran dan hadis,tiba-tiba nak melenting apabila mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah dlm terbitan.hukum-hukum Allah yg terlanggar selama ini tak pula di demokan.jgn la nak double standard mcm ni,jadi hero di mata melayu saja,tetapi hina di mata islam sendiri.kalau nak di bentangkan apa yg dilanggar dgn hukum islam mungkin tak terkira banyaknya...
adakah hanya dlm kes ni saja kita nak melenting,jaguhkah UMNO dlm memelihara kesucian islam,gn hanya pada nama,tetapi HUKUM DAN Al-QURAN dibawa ketepi.sedarlah wahai insan..........