13 Jan 2010

Bekalan Gula Habis, Ismail Sabri Perlu Bertanggungjawab

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan spekulasi kononnya harga gula akan dinaikkan sekali lagi menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini.

Beliau sebaliknya memberi jaminan bahawa harga bahan itu tidak akan dinaikkan lagi sama ada sebelum ataupun selepas musim perayaan tersebut.

Justeru, beliau menyifatkan berita dan spekulasi tentang kenaikan harga gula itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sema-mata untuk meraih keuntungan.

“Perbuatan mereka itu boleh menyebabkan rakyat menjadi panik dan ini tentunya akan mendorong orang ramai membeli gula dengan kuantiti yang banyak.

“Ini akan menyebabkan gula habis di pasaran bukan dalam tempoh yang sepatutnya,'' katanya hari ini.

Ismail Sabri tidak menyedari bahawa beliau sendiri yang telah membuat kenyataan bahawa tiada jaminan harga gula akan kekal pada RM1.65 sehingga hujung tahun ini selepas penarikan subsidi sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang kenaikan selepas ini akan dibuat selepas memproleh persetujuan Kabinet.

Katanya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan makanan itu.

"Buat masa ini harga gula kekal seperti yang diumumkan sebelum ini, namun begitu saya tidak dapat memberi jamiman harga tersebut tidak akan dinaikkan untuk dua ke tiga tahun akan datang.

Beliau turut menyelar pihak-pihak yang menuduh tindakan kerajaan menaikkan harga gula kononnya mengugat usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyemarakkan konsep 1Malaysia.

"Jika saya nak naikkan harga gula pada bulan Februari pun orang akan kata saya membantutkan usaha 1Malaysia kerana ketika itu Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat cina," ujarnya.

Kesan daripada kenyataan yang tidak berhati-haro dari menteri berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya dia hal - pertama, wujudnya rasa panik rakyat terhadap bekalan gula yang menyebabkan rakyat terpaksa membuat pembelian yang lebih daripada biasa kerana khuatir harga gula akan naik. Kedua, meningkatnya kegiatan sorok gula oleh peniaga-peniaga dengan harapan dapat mengaut keuntungan yang lebih apabila harga gula dinaikkan.

Justeru itu Ismail Sabri perlu bertanggungjawab dari kenyataan awalnya.




2 ulasan:

azman kamarul berkata...

Tidak beretanggung jawab dengan kenyataan yang dibuat olehnya..itulah selayaknya untuk menteri ini....

Rakyat yang susah....menteri ni apa kisah makan dihotel ada sponsor...dalam majlis makan free..boleh katakan banyak free darei berbeli....jadi cakap saja;lah apa yang patut....tipu rakyat pun tak apa..janji perut sendiri buncit sudah...

Tanpa Nama berkata...

rakyat dah buat jaminan yang kerajaan BN tak boleh dipercayai