5 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Pakatan Mohon Daftar Jadi Parti Politik

Pakatan Rakyat telah memohon secara rasmi untuk berdaftar sebagai sebuah parti politik dengan bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim sebagai pengerusinya.

Sumber-sumber memberitahu bahawa permohonan itu telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan awal minggu ini untuk mendapat kelulusan.

Zaid, anggota Biro Politik Parti Keadilan Rakyat sebelum ini memberitahu bahawa beliau berharap memperolehi kelulusan berkenaan sebelum Konvensyen sulung Pakatan Rakyat pada bulan hadapan.

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Keadilan, PAS dan DAP. Zaid turut membayangkan kemungkinan Pakatan Rakyat dianggotai oleh beberapa lagi parti dalam masa terdekat.

Gagasan itu kini memerintah Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Ia turut menubuhkan kerajaan negeri di Perak selepas pilihanraya umum 2008 sebelum Umno-BN melancarkan rampasan kuasa awal tahun ini.

Pertikaian menentukan kesahihan kerajaan negeri Barisan Nasional di Perak kini dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Pendaftaran sebagai sebuah entiti politik akan membolehkan Pakatan Rakyat mengatasi pelbagai kekangan Suruhanjaya Pilihanraya, termasuk peraturan bahawa parti-parti yang tidak bertanding dilarang menaikkan bendera mereka pada sesuatu pilihanraya kecil.

Ini menghalang PKR, PAS dan DAP membantu sesama mereka secara berkesan apabila satu daripada tiga parti itu bertanding menentang Barisan Nasional yang merupakan parti berdaftar dengan 14 anggota komponen.

Pendaftaran rasmi Pakatan Rakyat akan menandakan bermulanya sistem politik yang berteraskan dwi-parti sebagaimana di kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Walaupun menjadi sasaran laporan berat sebelah dan fitnah oleh media arus perdana di samping menangani pelbagai kemelut dalaman, hubungan rapat antara Keadilan, PAS dan DAP membolehkan Pakatan Rakyat menang tujuh daripada sembilan pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu. -sk

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa pula yang bakal dipersulitkan oleh ROS nanti. Biasanya jika sesutu yang manaik dan menguatkan Pakatan Rakyat akan ada sahaja 'barua-barua' UBN yang cuba mengacau. Sebab kebolehan mengacau serta menyakitkan PR itulah indek penilaian mereka menaik. Periok nasi punya pasal, menginiaya pun mereka sanggup.