19 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Hadi Sudah Perjuangkan Melayu?

Hadi gesa SPR tambah kerusi Parlimen kawasan majoriti Melayu
Malaysian Insider

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.

Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.

Jika penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri itu tidak dilakukan segera, Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau khuatir keadaan berkenaan akan menyebabkan ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran melakasanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

“Oleh kerana itu, sangat wajar Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kawasan-kawasan (Parlimen) di negeri tersebut," kata beliau dipetik portal berita alternatif.

Lazimnya SPR akan mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya setiap 10 tahun.

Difahamkan SPR akan berbuat demikian mulai tahun depan.

Kerusi Parlimen semasa sebanyak 222 digunakan pada pilihan raya umum 2004 selepas persempadanan semula tahun 2002.

Kedah, Kelantan dan Terengganu kini mempunyai 15, 14 dan lapan kerusi Dewam Rakyat.

Jumlah kerusi itu tidak berubah berbanding ketika pilihan raya umum 1995 dan 1999. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah Mac 2008.

Ulasan GB

Sejak bila Parti Islam SeMalaysia (PAS) menukar dasar perjuangan Islamnya kepada perjuangan nasionalisme berteraskan bangsa? Fasal dan perenggan yang mana di dalam perlembagaan PAS ada menyebut "memperjuangkan bangsa Melayu"?

Penambahan kerusi di kawasan yang "Melayu" melalui SPR adalah satu agenda politik UMNO sekian lama, kini Presiden PAS pula yang memperjuangkannya yang setentunya disukai oleh UMNO.

Apakah kekalahan PAS di Bagan Pinang tempohari yang menyedarkan Presiden PAS mengenai kemerosotan sokongan bukan-Melayu terhadap PAS mendorong beliau untuk menuntut "kerusi Melayu" lebih banyak di Parlimen?

Sedangkan yang sepatutnya diusahakan ialah pengembelengan tenaga dan usaha untuk menggilap semula PAS supaya diterima semula oleh bukan-Melayu?

Meminta penambahan kerusi parlimen "Melayu" yang lebih banyak bererti meminta kerusi untuk UMNO lebih banyak.

Kerja gila!

Masaalah yang dibawa oleh pemimpin bermasalah untuk meletakkan parti dalam masalah.

Atau nanti ada pihak dari kumpulan UG yang bangkit menuduh GB memfitnah?

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mustahil nak tuduh GB memfitnah sebab mana ada kumpulan UG dalam PAS. Puas saya tanya belah kelantan, terengganu, prof2 IPTA yg pro PAS dan stud undergrad dan postgrad dalam dan luar negara, tiada jawapan mengatakan wujud kumpulan UG dalam PAS. Hairan kan?

- Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

Saya teregun dengan ulasan GB. terutma ayat ini:

Penambahan kerusi di kawasan yang "Melayu" melalui SPR adalah satu agenda politik UMNO sekian lama, kini Presiden PAS pula yang memperjuangkannya yang setentunya disukai oleh UMNO.

Bukalah matamu wahai pemipin PAS yang mengaku perjuangkan Islam.

Hasbullah Pit berkata...

Apa GB merepek ini?

Sentimen anti Melayu sudah merepak ke jiwanya.
Sudah tak boleh sebut melayukah?
Tak boleh pakai songkok hitam kah?

Apa salahnya penngundi Melayu dapat keadilan?
Apa Melayu bukan orang Malaysiakah?

Kapt_shiqaqi berkata...

GB Lu nih kalu aku kata b*d*h kang ko mare plak. persempadanan semula yg dibuat oleh SPR hanya menguntungkan BNUMNo sila kaji melalui taburan penduduk dgn melakarkan kawasan di atas peta then ko akan nampak kalu ko tak nampak maknanya ko fail dlm membaca tektikal BNUMNo. ada pun cadangan menambahkan kawasan parlimen khususnya di kelantan, kedah dan terengganu sbb pertamanya pertambahan penduduk/rakyat disatu2 kawasan parlimen menyebabkan tokwakil sukar menjalankan tugas secara berkesan dan di negeri2 yg disebutkan tadi memang majoriti adalah kawasan yg dihuni oleh org melayu pd ghalibnya berugama islam. tidak timbul bila minta dikaji supaya menambahkan bil parlimen di kawasan melayu akan berpihak kpd UMNo, yg TGHA concern keberkesanan seseorg tokwakil berperanan di DUN masing2 . maknanya lagi kecil coverage lg berkesan la...ko nih mengikut emosi bodoh ko aje.

Tanpa Nama berkata...

Inilah sebab hadi di sayangi pemimpin dan media massa UMNO berbanding TGNA.

sepetang berkata...

Kalau rasa nak perjuangkan Melayu bukan nak perjuangkan Islam, lebih baik masuk UMNO wahai Hasbullah Pit.

Nabi Mohd s.a.w. tak pernah perjuangkan keadilan berdasarkan bangsa Arabnya!

Tanpa Nama berkata...

salam
Sepatutnya Presiden PAS menyebut secara umum iaitu meminta SPR membuat persempadanan semula bukan mengikut kepentingan parti politik pemerintah iatu UMNO BN.

Ada banyak kawasan yang PR boleh menang jika persempanan semula bukan hanya di kawasan pengundi Melayu tetapi di kawasan pengundi bukan melayu juga.

Seperkara lagi, apa salahnya jika Ustadz Hadi meminta kajian dilakukan untuk menambahkan kerusi di kawasan pengundi Islam?

Saya bersetuju dengan GB bahawa tidak sepatutnya kita bercakap di atas nama bangsa, sekalipun jika kita Melayu sekalipun kerana ia akan memberikan impact negatif seolah-olah PAS sudah serupa UMNO kecualilah jika ia memang satu yang benar.

Tanpa Nama berkata...

Hal yg nyata di sini, persoalan "nasib bangsa".

Bagi saya, apa yg Ustaz Hadi nyatakan adalah berdsarkan Perlembagaan Malaysi yang menyatakan "Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu"

Hakikatnya ada juga Melayu yang tidak Islam. Jika sseorang Melayu telah murtad (keluar Islam) tetapi apakah bangsanya turut bertukar? Tentu sekali tidak.

Berbalik kpd persoalan persempadanan semula SPR, memang nyata bahawa persempadanan semula SPR selama ini adalah untuk kepentingan UMNO BN.

sunan_buluh berkata...

Kepada komentar dari kumpulan UG. Jawab jer soalan yg GB kemukakan tuh:

Sejak bila Parti Islam SeMalaysia (PAS) menukar dasar perjuangan Islamnya kepada perjuangan nasionalisme berteraskan bangsa? Fasal dan perenggan yang mana di dalam perlembagaan PAS ada menyebut "memperjuangkan bangsa Melayu"?

Tanpa Nama berkata...

Hallamak bro... lu baca la guna lensa politik bro. Kena baca yang tersirat di balik yang tersurat. Kalau perkara ni SPR terima dan dibuat persempadanan semula dan tambah bilangan wakil rakyat yang beragama Islam, sapa yang dapat faedah? skang ni politik berasaskan majoriti kalau nak perintah Malaysia. Abis tu, kalau dah sama banyak yang kapir dengan yang Islam, tak ka haru namanya nanti?

Dan penggunaan perkataan 'melayu' tak salah. Memang kena pada tempatnya. Sebab ramai atas pagar (silent majority) yang mengundi ni pahamnya melayu tu Islam. PAS tu parti politik. Bukannya badan dakwah. Sememangnya layak mereka bercakap guna bahasa politik. Lainlah kalau tok guru yang tak terlibat politik yang cakap begitu.

Jangan kecilkan skop bro. Kasi buka la sket.

Juman

Tanpa Nama berkata...

apa nak dikatakan lagi gb, ramai orang melayu yang mentakrifkan melayu itu mesti berugama islam.

timbulnya UG pun kerana melayu. "bersatulah melayu". kata utusan meloya "bangkitlah melayu" dan ustaz hadi pun sambutlah ....

ada hadith yg menyebut "bukan dari kalangan kita mereka yang berjuang di atas nama bangsa, bukan dari kalangan kita mereka yg mati di atas nama bangsa..."

Johari berkata...

kasihan ahli-ahli PAS yg ikhlas utk agamanya sedangkan pemimpin mereka masih terikat dalam kepompong bangsa.

sungguh x bagus utk kesihatan dan masa depan PAS.

Hasbullah Pit berkata...

Sepetang:

Rasulullah tidak berjuang atas nama arab, tapi Rasulullah tidak anti arab sehingga sebut arab pun tak boleh.

Kerusi "Melayu" di Kelantan Terengganu & kedah, bukankah didonimasi PAS?

Suka lah kalian bila PAS dapat sedikit Kerusi berbaning PKR?

Tanpa Nama berkata...

Kata UG tu dah mampos, tapi rupa2nya racunnya masih berjalan!

Wahai Juman, blog ini dibaca oleh melayu dan bukan melayu, islam dan bukan Islam. Apa hal kamu bawa ayat "kalau dah sama banyak yang kapir dengan yang Islam, tak ka haru namanya nanti?"

Itu melambangkan perjuangan sempit kamu. Tidak bijaksana tetapi bebal dalam mengulas di dalam konteks politik Pakatan Rakyat.

ibn_sabil berkata...

salam akhi GB dan lain-lain.

tertarik untuk mengulas tulisan Hasbullah.
Rasulullah tidak anti arab sehingga sebut arab pun tak boleh.

Sdra hasbullah,

TG Abd Hadi bukan sekadar sebut Melayu malah memperjuangkan kerusi untuk Melayu.

Yang kedua, peruntukan kerusi yang banyak ke tiga negeri tersebut belum tentu memberikan kelebihan utk PAS. Silap haribulan PAS kalah lagi teruk. Tgk saja di Terengganu. Kerusi siapa yg sapu byk, di Parlimen dan di DUN?.

Yang perlu PAS lakukan ialah tingkat usaha untuk menang di dalam kerusi-kerusi yang ia bertanding, bukan cemburu kepada parti2 lain.

Banyak juga peruntukan kerusi diberikan kepada Pas di dalam PRU12 yang lalu tetapi ramai juga yg tertonggeng. Itu sbb PAS tidak dominan di dalam PR.

Dah menjadi resmi "orang Melayu", tidak cukup dengan yg ada, nak lebih dari orang lain, tetapi yg sedia ada itu sentiasa tidak diberikan perhatian malah sering juga diabaikan.

Tanpa Nama berkata...

pekung pemimpin dan penyokong UG semakin terdedah dengan isu ini. Allah Maha Berkuasa membersihkan jemaah ini dari golongan munafiq.

Hasbullah Pit berkata...

Kalau geli sangat nak sebut Melayu tak mengapa.
Kalau sudah takut sangat menyerupai UMNO, apa nak buat

Akan tetapi,

Dimana letaknya logik, kerusi parlimen di 3 negeri itu tidak bertambah sejak 15 tahun yang lalu.

Manakala kerusi di Sarawak bertambah.

Apa orang Terengganu, Kelantan, Kedah sudah berhenti beranakkah?


p/s: Pantang TGHH sebut melayu, maka tersembullah segala bentuk prejudis.

Tanpa Nama berkata...

hairan, dok anti UG berdegar2 tp tidak wujud pun kumpulan UG. TGHA pun naik hairan. TGNA lagi la hairan. Peyokong marhein dok berdegar2 bergocoh pasal UG, pimpinan atas dok rilek je bertepuk tampar. Moreover, kitab gagasan UG dah tutup kemas, tp masih lagi nak buka balik? Dah takde wala' ke?

- Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

bagi saya, tiada salahnya kenyataan TGHH tu walaupun saya selama ni bersama sama dengan GB.

pertama kenyataan itu diambil dari laman web orang yg bersikap liberal (walaupun org kata pro pembangkang)cuba lihat artikel anti islam pun ada dalam laman web mereka.

kedua, katakanlah kita terima kenyataan dlm laman web tersebut, cuba kita perhatikan baik baik kenyataan TGHH.

"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu" kenyataan ini masih bersifat umum.

kita lihat yang selanjutnya, "Jika penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri itu tidak dilakukan segera, Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau khuatir keadaan berkenaan akan menyebabkan ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran melakasanakan tugas mereka dengan lebih berkesan."

walaupun terengganu kerusi UMNO yang byk, tetapi cuba lihat tentang kelantan dan kedah. siapa yang untung.

walaupun kita tahu tindakan SPR memang byk menguntungkan UMNO, tetapi tidakkah boleh berhusnu zan dengan TGHH, sehingga semua kenyataan beliau terus kita borong sebagai negatif shj. kenapa kita tidak cuba melihatnya dari sudut yang baik.

saya melihat, byk perkara baik dalam kenyataan itu walaupun ada juga yang tidak. semuanya balik kepada persepsi shj.

saya rasa tidak perlu saya ulas tentang kebaikan ini, tidak semua kenyataan boleh kita sebarkan kepada semua. RAsulullah SAW bersabda "Kami golongan nabi diarahkan supaya bercakap dengan manusia mengikut tahap kecerdikan mereka"

Politik itu seni, sedangkan dakwah perlukan hikmah. kita sebagai pejuang kebenaran atas landasan dan aqidah islam perlu melihat yang tersirat antara dua garisan politik dan dakwah ini.

sekian.

P/S : rasulullah saw juga ada bersabda "Al-khilafah pada Quraisy".

Tanpa Nama berkata...

Pada hemat saya, niat TGHH mungkin benar tetapi sebagai pemimpin parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat kenyataannya itu tidak bijaksana.

Kerana perjuangannya itu "kelihatan" sempit, iaitu untuk menambah kerusi majoriti Melayu.

Ini akan memberi "persepsi" buruk kepada pengundi bukan-Melayu terhadap TGHH sendiri dan PAS.

Sepatutnya pemimpin tinggi spt TGHH lebih berhati2 di dalam melakukan strategi dan membuat kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dengan pendapat di atas, tidak bijaksana.

Kenapa perlu sebut "kawasan majoriti Melayu"?

Kenapa tak sebut secara umum minta pertambahan kerusi di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Kelantan kerana dah lama tak der pertambahan kerusi supaya jangan keetara sgt sifat kemelayuan?

Terdapat juga di bandar-bandar di mana kerusi Parlimennya besar kerana ia dikuasai oleh bukan-Melayu. Dan bagaimana jika Lim Kit Siang atau Karpal Singh misalnya meminta SPR buat penambahan kerusi majoriti bukan-Melayu jugak?

So, dalam hal ini ialah "kebijaksanaan" di dalam membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan persepsi dan reaksi negatif dari bangsa lain.

Saya juga bersetuju dgn pandangan menyatakan bahawa kita perlu bekerja keras di kerusi majoriti Melayu yang diperuntukkan kepada PAS tetapi PAS tewas.... banyak, bukan sedikit. Itu sepatutnya lebih diutamakan.

Tanpa Nama berkata...

Salam

TGHH dari dulu sampai skrg tak pernah berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataannya, sudah banyak kontroversi yang timbul gara-gara keterlancangan beliau berbicara.

Semasa menghadapi pilihanraya 2004, beliau ego sebagai Ketua Pembangkang menyatakan Lim Kit Siang dan Karpal sebagai ubat yang tamat tempoh. Akhirnya TGHH sendiri yang kecundang di Marang.

Kemudian selepas pilihanraya 2008, iaitu selepas PRK Batang Ai, beliau keluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan masyarakat Iban menuduh PR kalah di situ sebab masyarakat Iban masih pakai cawat.

Kini sekali lagi dengan isu kawasan majoriti Melayu, TGHH keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pengundi bukan Melayu.

Itu sbb mengapa TGHH ditolak oleh pengundi bukan-Melayu dan pengundi bukan Melayu lebih selesa dengan TGNA.

Itulah sebabnya juga Zaid Ibrahim lebih suka mencadangkan TGNA sebagai Ketua Pakatan Rakyat, bukan TGHH.

Jika beliau tak berhati-hati, nampaknya TGHH bakal tewas lagi di Marang selepas ini. Tunggu dan lihat, walaupun kita terlalu ingin semua calon PAS menang. Tetapi kesilapan diri mereka, siapa mampu mengubahnya?

Tanpa Nama berkata...

Penyakit kebangangan Hj. Hadi nih dah datang balik. Selepas UG hari tuh reda sikit sakit dia. Ingat dah sembuh. Rupanya virus mentelengong presiden PAS itu hanya pegun sementara dan kini aktif semula. Akan hancurkah PAS dek garokan presidennya sendiri... Ahli PAS pun akan ramai yang mengundi UMNO nanti... Sebab sejahat-jahat UMNO, pemimpinnya cerdik dan licik mengolah strategi terutama usaha memperlihatkan kepada ahli PAS betapa mereka sedang dipimpin oleh seorang presiden yang jarang berfikir sebelum bercakap... Zaman gemilang kepimpinan PAS sudah lePAS..