11 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Blogger Kickdefalla Kena Kick

Ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) baru-baru ini, seorang pegawainya dipecat serta merta semalam.

Pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (foto) yang juga penulis blog popular Kickdafella - mengesahkan perkara itu kepada pemberita malaysiakini.

Beliau bagaimanapun menafikan pemecatannya semalam ekoran tindakannya membuat laporan terhadap SPRM berhubung dakwaaan penyelewengan yang beredar di blog-blog.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman - yang juga menantu kepada menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat - sebelum ini dituduh melakukan pecah amanah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Azidi juga menafikan memberi maklumat dalaman kepada ADUN Neggiri Mohd Yusoff Ab Ghani daripada BN berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

"Saya jumpa Tok Guru (Nik Aziz) semalam. Setiausaha politiknya pun ada sama. Saya minta Tok Guru ajar cara bersumpah mengikut syariat. Saya ingin bersihkan nama saya," katanya.

Syed Azidi yang mengaitkannya pemecatannya dengan politik dalaman di perbadanan itu juga mendakwa, seorang yang rapat dengan Nik Aziz menjadi dalang di sebalik pemecatannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Nik Aziz berhubung pemecatannya itu kerana mendakwa sentiasa setia dengan kepimpinannya.

"Boleh jadi Tok Guru pun tidak tahu dengan pemecatannya saya. Beliau mungkin diberi maklumat yang salah,"
jelasnya.

Syed Azidi mendakwa, sejak berkhidmat pada 17 April 2006, pihak tersebut telah cuba menyingkirkannya beberapa kali, antaranya dengan mempengaruhi pentadbiran PMBK supaya menarik balik kemudahan pejabatnya di Kota Bharu tahun lalu.

Beliau juga mendakwa sudah lama tidak dijemput menghadiri mesyuarat pengurusan PMBK kerana sering menegur kepincangan pengurusan GLC negeri itu, seperti pengurusan khairat kematian penduduk.

Kontrak Syed Azidi dengan perbadanan tersebut sepatutnya tamat pada April tahun depan.

Katanya, satu sidang akhbar bagi membersihkan namanya telah dibuat di Kota Bharu pagi tadi.

Ulasan GB

Tindakan memecat Syed Azidi adalah satu tindakan silap dilihat daripada aspek apa sekalipun. Ini kerana TG Nik Aziz sendiri sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa SPRM boleh menyiasat PMBK bila-bila masa.

Tanpa menghiraukan siapa yang membuat aduan kepada SPRM, mengapa kini Syed Azidi jadi mangsa?

Sebagai sebuah kerajaan di bawah pimpinan TG Nik Aziz, segala-galanya perlu telus dan tidak ada sepatutnya tindakan melobi untuk memecat seseorang dengan alasan apa sekalipun sebelum sebarang kesalahan dinyatakan dan disiasat terlebih dahulu.


KEMBALIKAN SYED AZIDI KEPADA JAWATANNYA SEGERA SEBELUM KERAJAAN KELANTAN TUMBANG!

3 ulasan:

cicitHJHASSANu berkata...

itulah tindakan drastik...apa ada hal

selesai sprm siasat,sekiranya beliau tiada kena mengena dalam hal ini dan tidak bersalah...
beliau wajib dikembalikan jawatannya.
saya yakin TG Nik Aziz boleh berlapang dada.
tapi jika sebaliknya...terimalah akibat khianat pada amanah.

Tanpa Nama berkata...

inilah typical melayu. pantang ada orang lebih daripada dia, maka dia akan buat rancangan jahat untuk jatuhkan/musnahkan orang tersebut.

last last, bangsa melayu yang musnah & dihina kerana semua orang melayu yg bagus-bagus dihina dan dijatuhkan. yang naik jadi pemimpin semuanya korap dan tidah berkelayakan...

apa nak jadi dengan melayu ni....

Tanpa Nama berkata...

Ya.. Melayu ada masalah. Masalah sikap, masalah P.H.D, lemah, lesu, layu, lisut, lara, lalai,
loghat, lali, lambat, "lahabau" (yanya org Melaka apa erti perkataan ni..); longlai dan puluhan L lagi. Apapun PHD tu yg paling berat, palin jahanam