29 Nov 2009

Apa Muslihat Puteri UMNO Puji PAS Terengganu?

PAS Terengganu mungkin "terangkat" sikit apabila mendapat pujian dan diampu Puteri UMNO Terengganu.

Mengikut berita Sinar Harian edisi Terengganu, Pas Terengganu diakui mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri di sini.

Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Farahida Fauzi (foto) berkata, Pas mampu bergerak sendiri dalam misi dan perjuangan mereka tanpa mengharapkan bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.

Menurutnya, PKR dan DAP dilihat tidak membantu Pas menawan Terengganu, sebaliknya merosakkan parti itu dengan pelbagai kecelaruan yang sering ditimbulkan parti.

“Pas sebenarnya sudah tersilap langkah apabila menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP kerana mereka hanya merosakkan Pas, bukannya membantu parti itu untuk sama-sama tawan negeri ini,” katanya.

Ulasan GB

Jika demikian halnya dan jika PAS Terengganu merasakan apa yang disebutkan oleh Ketua Puteri UMNO itu benar (kerana setakat ini belum ada sanggahan dari pemimpin PAS Terengganu), maka wajar DAP dan PKR tidak menganggu PAS Terengganu kerana keterlibatam PKR dan DAP dilihat tidak membantu Pas menawan Terengganu, sebaliknya merosakkan parti itu.

Jika tidak, PAS Terengganu jangan cepat naikkan ekor, tapi hendaklah cepat jawab kenyataan Puteri UMNO itu sebelum PKR dan DAP berpersepsi memang sudah ada apa-apa PAS dan UMNO Terengganu terutama dengan Puterinya. Dan kemudian meninggalkan PAS Terengganu sendirian "bersanding" dengan Puteri UMNO yang ditugaskan oleh Bapak Puteri UMNO menghancurkan PAS Terengganu.

Dan selepas ni mungkin tidak lagi kelihatan bendera PKR dan DAP di dalam PRK dan PRU di Terengganu seperti yang kita saksikan di Kuala Terngganu tempohari.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cucuk jgn tak cucuk...

Puteri ni dah hulur umpan, ada sesiapa nak makan? Geng UG tak terliur ke tengok umpan ni? kah! kah!! kah!!!

Satu pujian untuk lihat PR mampus...

Tanpa Nama berkata...

Kita cabar UG tawan terengganu dari UMNO, kalau ambil puteri UMNO jadi bini muda pun kita sokong...

Tanpa Nama berkata...

terima jer lah akibat menggatal sgt masuk kelambu umno wahai pas terengganu. bagi kan puteri ni kat mustafa ali.

Tanpa Nama berkata...

jgn mudah melatah wahai pas, pkr dan dap, ini adalah caranya umno cuba utk menghancurkan pakatan rakyat. dimana2 mereka ini adalah ibarat syaitan yang bertopengkn manusia. tengoklah tudong yg dia pakai... woody wood pecker

Tanpa Nama berkata...

takder sebab kita perlu layan kenyataan kenyataan hampas dari belah sana. yang penting perkukuhkan pakatan belah sini...

Tanpa Nama berkata...

hidup pteri umno ganu...sokong krejaang perpaduang.

Tanpa Nama berkata...

dia tu dj radio tranung..farah fauzi.