Saya akan meneruskan agenda pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak walaupun keputusan sebutan semula status kedudukan Menteri Besar 5 November depan memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,” kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu, sama ada kalah atau menang, ia bukan jalan penyelesaian ke arah merungkai kemelut politik di negeri yang berlanjutan tidak ada ke penghujungnya.
“Kalau saya kalah sekalipun, agenda untuk membubarkan DUN akan tetap diteruskan kerana ia bukan membawa agenda peribadi atau parti tetapi agenda rakyat yang mahukan kestabilan politik negeri kembali seperti sebelumnya.
“Tidak bermakna Mahkamah Persekutuan membuat keputusan akan merungkaikan segala kemelut politik di sini kerana ia melibatkan kepercayaan dan mandat rakyat kepada pemimpin,” katanya semasa dihubungi Sinar Harian, semalam.
Nizar berkata, kedudukan pentadbiran Kerajaan Negeri pada ketika ini tidak stabil memandangkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang ketika ini masih setia kepada Barisan Nasional (BN).
Tetapi katanya, tidak mustahil mereka boleh mengubah pendirian berkenaan dalam sekelip mata.
Menurutnya, senario ini bukannya mustahil sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh ketiga-tiga ADUN berkenaan bagi menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak, lagipun mereka tidak terikat kepada mana-mana parti.
“Dalam konteks ini, mereka sebebas-bebasnya untuk memilih parti mana yang dirasakan memberi kelebihan serta manfaat kepada mereka.
“Sekiranya, ketiga-tiga ADUN ini melompat lagi sekali ke Pakatan Rakyat (PR) maka kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumbang dengan sendirinya,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, jika Zambry sedar akan hakikat ini seharusnya dia mengambil keputusan membubarkan DUN daripada menanggung aib kemudian hari.
“Dr Zambry perlu sedar jawatan yang disandangnya ketika ini bukan pilihan rakyat tetapi berdasarkan keputusan mahkamah, sedangkan hakikat untuk memikul tanggungjawab serta mandat berkenaan datangnya dari suara dan undi rakyat.
“Selagi Dr Zambry berkeras untuk meneruskan kerja-kerja sebagai Menteri Besar, selagi itulah dia dibenci rakyat serta dalam masa memperlihatkan BN begitu angkuh kepada rakyat semata-mata bagi memenuhi agenda politik masing-masing,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan