12 Okt 2009

Era Najib Altantuya : BN Manipulasi Undi Pos

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang adalah bukti undi pos masih dimanipulasi oleh BN untuk menang.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, beliau pernah bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa tahun lalu untuk mencadangkan agar undi pos dihapuskan.

Menurutnya, pemimpin SPR tersebut mengakui telah membawa usul tersebut kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, bagaimanapun Najib menolak cadangan tersebut kerana menyatakan bahawa undi pos adalah ‘survival’ dalam BN.

“Bayangkan jika seorang pemimpin tertinggi dalam SPR sendiri menyatakan perkara sedemikian, jadi adalah tidak mustahil kemenangan Isa di Bagan Pasir adalah disebabkan oleh undi pos.

“Secara logiknya, mengapa undi pos perlu ada? Bukankah kebanyakan anggota tentera berada di kem kecuali mereka yang berada di luar negara untuk misi-misi tertentu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata, di luar negara, anggota tentera diberi peluang untuk mengundi di sekolah berhampiran dengan kawasan kem.

“Tetapi itu semua tidak berlaku dalam negara kita. Malahan isteri-isteri anggota tentera juga wajar bebas membuang undi di kawasan tempat tinggal mereka,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul ke apa yg YB azmin ali tu cakap..beberapa tahun lalu dia penah bawa usul undi pos ni pd pegawai SPR...
Najib baru jadi PM tak sampai 2 tahun...dan atas kapasiti apa Najib boleh reject usul undi pos tu???