Pilihanraya Kecil Bagan Pinang sudah berlalu. Pilihanraya yang paling pintar lagi terkedepan “advanced” dalam sirinya semenjak post-PRU 12. Walaupun tarikh (hari) mengundi sebenar telah ditetapkan pada 11hb Oktober sejumlah besar pengundi sudah MENGUNDI DULU pada 8hb & 9hb Oktober.
Hasil dari Undi Cara Pos iaitu sebanyak 30.00% daripada keseluruhan undi telah dibolot oleh UMNO/BN. Jadi pada hari mengundi sebenar (proper) UMNO/BN hanya memerlukan 21.10% sahaja lagi dari baki 70% keseluruhan pengundi berdaftar untuk mencapai kemenangan mudah.
Para pengundi Atas Pagar memahami cara formula diatas dimana tanpa undi dari merekapun UMNO/BN boleh mencapai kemenangan juga. Mereka mengambil keputusan untuk sama-sama menyokong pemenang buat kali ini. Sesungguhnya apabila UMNO/BN mencapai kemenangan begini besar mereka tidak akan mengambil kira lagi untuk mengkaji sokongan terhadap mereka. Mereka akan terus menerus “celebrate” kejayaan tersebut . Sebagai contoh media massa mereka Radio/TV masih lagi memperkatakan perihal kemenangan tersebut macam orang yang tak` pernah menang. Berdasarkan pandangan diatas dimana duduknya perkataan “Menang Besar” itu?
Kepada penyokong Pakatan Rakyat khususnya Parti PAS janganlah merasa gusar. DiPRK Bagan Pinang ini Parti PAS tidak kalah cuma tidak berjaya merampasnya saja. Kejayaan UMNO/BN adalah ibarat “salin tikar” saja. Kita misti optimis pada PRU ke 13 nanti keseluruhan kerusi DUN dalam Parlimen Telok Kemang akan jatuh kepada Pakatan Rakyat. Untuk makluman pada masa sekarang inipun Pakatan sudah memiliki 3/5 Kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Telok Kemang.
Kepada para petugas yang telah kembali ketempat masing – masing ucapan terima kasih dari Blog ini diatas kesungguhan yang diberi semasa diPort Dickson. -ahmadzawawi

2 ulasan:
Bagaimana dengan undi dari orang-orang Cina dan India? Macamana untuk mengembalikan kepercayaan mereka kepada Pas for All yang telah malap kerana beberapa perkara disebabkan beberapa pemimpin yang condong kepada penyatuan bangsa Melayu dengan Umno, keadaan Pas sudah jatuh ditimpa tangga, dahlah nak dapatkan sokongan orang-orang melayu pun amat payah kerana mereka masih taksub kepada Umno, kepercayaan yang baru diberi oleh orang-orang bukan melayu di dalam PRU12 pun telah musnah ...
samalah juga dengan kemenangan pas di tempat lain,hanya salin tikar je!,tapi melaun pas sibuk mencanangkan kemenangan yang seakan hebat sangat tapi ada tempat yang nyawa-nyawa ikan .semasa undi pos dijalankan wakil pas ada bersama,kenapa tak komlin jika terdapat sesuatu yang salah ,dah selesai baru bising,
Catat Ulasan