14 Sep 2009

Era Najib Altantuya : SPRM Siasat Khir Toyo 6 Jam

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang tadi.

Timbalan Pengarah Siasatan SPRM, Sazali Salbi mengesahkan kehadiran bekas Menteri Besar itu untuk diambil keterangan.

Beliau juga mengesahkan Dr. Mohd. Khir diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Khir berjaya mengelak daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu beliau di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.

Malah difahamkan bekas Menteri Besar Selangor itu tidak menggunakan kereta beliau tetapi datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.

Dr. Mohd. Khir dalam kenyataan yang dipetik dari akhbar China Press hari ini berkata, beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7 kerana pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik.

Menurutnya, ketika mula membeli rumah itu, ia hanya bernilai RM3.5 juta tetapi selepas tiga tahun dan setelah diubahsuai, nilai rumah itu meningkat kepada RM5 juta.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan terkini siasatan SPRM ke atas laporan mengenai banglo mewahnya itu, Dr. Mohd. Khir berkata, beliau sentiasa bersedia untuk disiasat. -mstar

Ulasan GB

Kita berharap siasatan itu bukan satu sandiwara tetapi bnar-benar siasatan yang profesyenal.

Ia juga mesti merupakan satu siasatan yang komprehensif. Terlalu banyak aduan dilakukan terhadap bekas MB Selangor itu, apakah SPRM hanya memilih hanya satu-dua kes mengikut kemahuan Ketua Pesuruhjayanya?



1 ulasan:

JimAlifSiin berkata...

"beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7 kerana pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik."
..gua teringatkan MB Kelantan yang dah sekian lama perintah Negeri Che Siti Wan Kembang tu, tak dak pulak dia guna duit gaji dia buat beli BANGLO!!!