14 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Selangor Cari Kaedah Terbaik Urus Peruntukan DUN - SELCAT

Kerajaan Negeri sedang mencari satu mekanisma yang lebih ketat bagi memastikan peruntukan dana wang kerajaan dibelanjakan dengan lebih cekap untuk kepentingan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Kim berkata, ia bagi memastikan tiada lagi salah guna seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional ketika kempen pilihan raya umum lalu.

“Melihat kepada permohonan dalam peruntukan, banyak peruntukan telah disalah gunakan untuk kempen pilihanraya, untuk elakan perkara itu berulang dan memastikan peruntukan sampai dalam keadaan cekap, kami perlukan satu mekanisma yang lebih ketat, untuk pastikan peruntukan itu cepat, cekap, tetapi hendaklah disekat dengan prosedur supaya tidak ada penyalah gunaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi pendengaran awam Selcat di Dewan Annex, Bangunan Dewan Negeri Selangor, pagi tadi.

Selain itu, cadangan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussein agar satu Jawatankuasa Tindakan Daerah ditubuhkan untuk memantau perbelanjaan peruntukan ADUN, Teng berkata, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk melihat kesesuaiannya.

Teng, turut berpuas hati dengan sesi pendengaran awam hari ini kerana pegawai daerah Klang dan Sabak Bernam, masing-masing bersikap mengakui kesilapan dan memberi cadangan yang membina dalam membelanjakan wang peruntukan tersebut pada masa akan datang.

“Saya rasa ini adalah sikap yang baik, kerana pegawai ini mengakui kesilapan kelemahan ini wujud, beliau turut membuat cadangan dimana adun turut akan diminta membuat perbentangan rcgan peruntukannya sepanjang tahun dalam mesyuarat diperingkat adaerah itu juga akan kami pertimbangkan kami akan lihat sama ada cara itu praktikal atau tidak,” katanya.

Malah dalam sesi pendengaran tersebut, mereka bersetuju terdapat “Ribut Politik” ketika pemerintahan Barisan Nasional ketika membuat permohonan untuk mengeluarkan peruntukan dengan kadar segera.

“Pegawai daerah, sedia mengaku bahawa peruntukan yang dipohon luarbiasa ketika menjelang pilihanraya umum, beliau juga mengakui bahawa cara peruntukan di belanjakan, menghabiskan dalam tempoh yang begitu singkat, malah beliau turut memberi contoh bahawa gaji sebulan dihabiskan dalam jangkamasa seminggu, itu adalah satu tanggapan yang lebih munasabah dan rasional dari pegawai daerah yang merupakan pegawal kewangan dlm soal peruntukan kawasan DUN,” katanya.





1 ulasan:

Arif Omar berkata...

nak tutup lubang sendiri aje. tak keluar pun sumbangan ke tabung dap dan di belanja kepada kroni. asyik salahkan kerajaan lalu. bn pun boleh salahkan portugis, belanda dan inggeris. tapi apa yang anda buat.