17 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Siapa Yang Nak Bunuh Khir Toyo?

Banyak pihak hari ini terkejut dengan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kononnya beliau menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat yang sampai pagi tadi ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang.

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

Sekeping surat itu yang bertulisan tangan di kedua-dua halamannya dikirim dari Bukti Raja, Kelang pada 15 Sept berdasarkan cop pada setemnya.

Ugutan bunuh seperti yang berlaku ke atas ADUN-ADUN Terenganu tidak berapa lama dahulu mendedahkan ia hanya satu rekaan apabila terbukti di dalam kejadian itu ia dilakukan oleh "orang-orang mereka" sendiri untuk memburukkan pihak lain.

Apatah lagi alasan untuk membunuh Khir Toyo nampaknya semacam tidak logik iaitu "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor." Apakah kerana hendak menjatuhkan kerajaan Selangor maka Khir Toyo seorang saja yang wajar dibunuh?

Apa yang nyata seperti seolah-olah Khir Toyo mengakui fakta bahawa beliau terlibat di dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.

Apakah laporan polis Khir Toyo ini mengulangi taktik ADUN Terengganu tersebut atau untuk menjustifikasikan tindakan polis untuk terus melakukan siasatan ke atas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam rancangan UMNO BN untuk merampas Selangor?


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bodoh betul JAWA sekor ni. Sape yang nak bunuh dia tu? Aku rasa dia nak bunuh diri kot? Tak berbaloi nak bunuh orang yang dah kalah. Kalau dia masih menteri besar, logiklah jugak...

Bodoh melantun-lantunlah kau ni JAWA...