8 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Pejabat Rodziah Diserbu SPRM Lagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mula menjalankan siasatan ke atas dakwaan salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri Sementa, iaitu DUN angkat Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Lima pegawai SPRM dari Putrajaya mengunjungi Pejabat Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi itu di bangunan SUK Shah Alam dan membawa bersama seorang pegawai khas Rodziah ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

Mereka tiba di pejabat Rodziah kira-kira jam 3 petang dan mengambil masa kira-kira 2 jam sebelum beredar ke Pejabat Tanah Klang.

Pegawai Khas Rodziah, Mohd Saadon Mohar bagaimanapun dilepaskan di pejabat tanah berkenaan dan pegawai terbabit meneruskan tugas mendapatkan beberapa dokumen, termasuk baucer pembayaran yang diperlukan sehingga jam 7 malam tadi.

Rabu lalu, lima pegawai terbabit cuba memasuki pejabat Rodziah, tetapi meninggalkan pejabat berkenaan selepas berunding dengan peguam kerajaan negeri.

Ketika kedatangan pegawai SPRM ke pejabat Rodziah, wakil rakyat itu tidak berada di situ kerana menghadiri satu program berkaitan portfolionya.

Difahamkan, Mohd Saadon akan dihubungi semula pegawai SPRM terbabit untuk mendapatkan keterangan tambahan dan akan disoal siasat jika diperlukan.



Tiada ulasan: