23 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Majlis Fatwa Pun Nak Jadi lembu UMNO

Pesuruhjaya Pas negeri Johor,Professor Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyifatkan isu syurga dan neraka daripada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak seharusnya di ulas sesetengah pihak sehingga ada yang menyifatkannya (Nik Aziz) ‘manusia luar biasa’ dan memintanya bertaubat.

Beliau berkata, kenyataan juga tidak seharusnya diberikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Abdul Shukor Husin (gambar) terhadap kenyataan Nik Aziz mengenai sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam, tanpa bertanyakan hal itu terlebih dahulu kepada Nik Aziz.

Menurutnya, ulasan sesetengah pihak terhadap Nik Aziz itu hanya berdasarkan laporan akhbar yang dibuat justeru ianya tidak perlu dipanjangkan pihak lain sebelum pasti kesahihannya.

“Jika hendak buat kenyataan terhadap kenyataan seseorang itu, mesti tanya dulu tuan punya diri dan saya juga tidak mahu ulas apa-apa kerana tiada ditempat kejadiaan dan saya sendiri belum berkesempatan bertanyakan hal ini kepada beliau(Nik Aziz).

“Pas memang perjuangkan islam dan UMNO berdasarkan perkauman.Pada dasarnya memang betul apa yang ditimbulkan Nik Aziz itu, isu syurga dan neraka ditujukan kepada mereka yang berbuat baik akan dibalas baik dan jahat dibalas jahat namun janganlah disalah fahamkan maksud yang cuba disampaikannya itu,”katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi disini..

Sementara Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Johor, Anuar Salleh berkata, bukan sahaja isu syurga dan neraka yang diperkatakan UMNO dan BN malah pelbagai isu akan cuba dikeluarkan UMNO dan BN sempena pilihanraya kecil di Permatang Pasir.


Pas kesal Majlis Fatwa dimanipulasi

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan menyifatkan media arus perdana tidak amanah dan menyalahi etika kewartawanan.

Menurut beliau, media arus perdana bersikap tidak telus dan tidak adil dengan memanipulasi kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat berkaitan dasar perjuangan UMNO yang tidak menjurus ahlinya ke arah syurga, justeru banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti amalan rasuah, menahan dan menuduh individu tanpa soal-siasat dan sebagainya.

Beliau turut kesal dengan tindakan Majlis Fatwa yang sanggup dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu khususnya pemimpin UMNO untuk kepentingan politik mereka.

“Kenyataan media arus perdana yang tidak merujuk kepada ucapan Tok Guru adalah satu tindakan yang tidak amanah dan menyalahi etika kewartawanan itu sendiri.

“Ini tidak lain hanyalah sebahagian taktik kotor UMNO/BN untuk mengalih perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan menyerang peribadi Tok Guru,” katanya.

Nasruddin berkata, pelbagai tafsiran serta kenyataan balas oleh Majlis Fatwa khususnya serta ahli agama dan akademik lain dibuat hanya berdasarkan andaian tidak berasas masing-masing tanpa merujuk maksud sebenar ucapan Nik Aziz. -SH



1 ulasan:

org memali berkata...

Dah banyak kali dah denar benda ni . Tak kan la asyik nak melawak saja . Ulama ni pewaris nabi dan rasul . Selepas kewafatan Rasullullah , ulama yg berperanan meneruskan tugas2 keagamaan mengikut Alquran dan sunah . Tak kan la fatwa2 yg dikeluarkan ulama PAS saja yg betul . Sekali2 terimalah kesilapan dan teguran2 . Kita bukan Nabi atau Rasul yg maksum .