Kerajaan Selangor menjemput pihak yang menimbulkan bantahan berhubung pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam, supaya hadir pada Dialog Awam 5 September ini di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Exco Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, ia bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkan selepas kerajaan memutuskan pemindahan itu, menerusi persetujuan ramai.
Rodziah berkata, peluang ini juga boleh digunakan oleh penduduk di kedua-dua kawasan terbabit untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka berhubung isu berkenaan.
“Saya sebagai adun di sini telahpun set satu pertemuan dialog bersama penduduk pada 5 September nanti di MBSA.
“Patutnya mereka menggunakan ruang itu untuk lebih berbicara, sabtu pagi,” katanya.
Rodziah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula di Seksyen 17, Shah Alam, hari ini.
Beliau yakin, bantahan berhubung pemindahan kuil ini sengaja dibangkitkan oleh UMNO-Barisan Nasional dan segelintir penduduk di Seksyen 23.
“Saya dengan berani nyatakan muka-muka yang ada adalah didokongi dan majoriti adalah ahli UMNO, saya dapati tak banyak penduduk, jawatankuasa bertindak, dua tiga penduduk, bukan semua, tak wakili semua 375 buah rumah,” katanya.
Rodziah telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk dan membincangkan isu ini dalam mesyuarat Exco. Kerajaan sedia menimbangkan keputusan ini, jika ia benar-benar menimbulkan masalah kepada penduduk.
Beliau difahamkan, hanya segelintir sahaja penduduk yang membantah, manakala yang lain menghormati keputusan yang dibuat kerana kuil ini akan dibina di kawasan perindustrian dan bukan berhampiran kawasan perumahan mereka.
“Kalau kita pergi ke kawasan situ, seksyen 23, budaya mereka mencemari, vendalisme, menulis perkataan tak melambangkan budaya, tak bertamadun.
“Saya telah pun berjumpa dengan mereka dan telah bincangkan pandangan mereka nak tau betulkah majoriti membantah,” katanya.

1 ulasan:
YB Rodziah,
Saya tabik atas keberanian YB diadalam menanggani permasalahan yang timbulkan ini. Satu tindakan yang berani bersemuka dengan Penunjuk-penujuk Perasaan (Demotrans). Bersemuka adalah langkah patut dihormati oleh kumpulan tersebut.
Bersemuka ini juga melambang PR tansparen didalam menanggi permasalah yang ditimbulkan oleh segelintir manusia yang yang lebih dikenali 'Demotrans Kepla Lembu"
Tahniah YB
Catat Ulasan