11 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : INKUES YANG AMAT MERAGUKAN

Perjalanan inkues lepas sehari ke sehari menampakkan semacam ada satu konspirasi yang teratur untuk membuktikan Teoh Beng Hock "jatuh" atau "terjun" dari bangunan. Itu saja. Ia seperti mengikut keinginan pihak SPRM dan polis yang telah meletakkan kedua-dua kemungkinan itu sebagai sebab kematian Teoh.

Awal-awal lagi rakyat Malaysia meragui peranan inkues ini yang nampaknya hanya akan melakukan "rubber-stamp" terhadap hasil siasatan polis sebelum ini.

Keterangan-keterangan dari ahli kimia dan pathologi seperti seolah-olah ianya menjurus kepada satu skrip yang telah direka untuk melakukan satu penipuan di dalam usaha untuk menutup kebenaran, bukan mendedahkannya.

Dan hal ini terserlah dengan pengakuan dari ahli kimia bernama Zairaha Awang apabila ditanya oleh peguam mendiang Teoh.



"Selain ujian untuk periksa dadah dan racun, adakah anda terfikir kemungkinan ada sebab-sebab lain kematian atau melakukan pemeriksaan lain?"

Zairaha: "Tidak, hanya ikut apa yang diminta pihak polis."


Zaihara sendiri melakukan kesilapan yang materi apabila memberikan keterangan yang berubah-ubah misalnya sampel kandungan perut yang diterimanya berwarna yang pada awalnya dikatan jrnih kemdian menukarkan keterangannya kepada warna kecoklatan apabila dibuktikan warna jernih bukan warna yang tertera di dalam laporan.

Di dalam membantah teori "Teoh ditolak" yang dikemukakan oleh Gobind, Peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik oleh kerajaan untuk membantu mengendalikan prosiding itu sewaktu membantah soalan Gobind dengan mengatakan saksi tidak boleh ditekan dengan soalan-soalan sedemikan sama ada si mati ditolak ataupun tdak.

Beliau membantah penggunaan perkataan 'ditolak' kerana ia merupakan hanya pandangan sebelah pihak dan koroner menyokong pula Peguam Tan Hock Chuan.

Persoalan utama: Mengapa mesti terima teori SPRM dan polis sahaja yang menyatakan ia "jatuh" atau "terjun"?

Pada hari ini saksi yang ke-10, Dr. Khairul Azman Ibrahim, 51, perunding kanan Bahagian Forensik Hosptital Tengku Ampuan Rahimah Klang sewaktu memberi keterangan menyatakan hasil pemeriksaan dalaman menunjukkan terdapat kerosakan di tulang tengkorak mayat Teoh.

Beliau memaklumkan terdapat pendarahan di bahagian rongga dada sebelah kanan, juga pendarahan di bahagian paru-paru kanan disamping mengalami keretakan di bahagian leher.

Tiba-tiba kesimpulan dibuat, berdasarkan siasatan, sebab kematian adalah disebabkan jatuh dari tempat tinggi. Dr. Khairul jelaskan si mati dipercayai mendarat (jatuh) dengan keadaan kakinya, ia lebih pada kaki kanan dan dipercayai badannya sedikit condong ke kanan, punggung juga mungkin jatuh bersama... mungkin kemudian, mungkin serentak.

Bagaimana kesimpulan sedemikian boleh dilakukan dengan penemuan-penemuan yang bersifat dalaman tanpa menjelaskan keadaan luaran fizikal mayat, samada ia memenuhi ciri-ciri seseorang yang terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 5?

Begitu juga beliau berkata tidak terdapat kesan kecederaan akibat pergelutan ketara pada si mati. Juga tidak terdapat tanda-tanda kecederaan ketara akibat menangkis serangan di bahagian luar tangan. Sedangkan pergelutan tidak semuanya perlu mencederakan anggota luaran tubuh badan.

Keretakan, tulang yang patah, selangka dan leher yang retak, pendarahan dalaman yang dialami, seluar yang koyak, talipinggang yang putus, bukankah itu semua juga boleh menuNjukkan wujudnya pergelutan?

Kesimpulan ahli pathologi itu benar-benar memperbodohkan rakyat. Tiada pendarahan luaran walau setitik pun dilantai, hanya pendarahan dalaman, apabila terjatuh dari tingkat yang tinggi?


Berdoalah wahai rakyat Malaysia agar kita semua tidak ditipu dan tertipu.



Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan perencanaan jahat, sedangkan rancangan yang jahat itu tidak akan menimpa melainkan kepada orang yang merancangkannya. Tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang engkar yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi undang-undang peraturan Allah, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan Sunnatullah itu. - Fathiir : 43


Tiada ulasan: