12 Jul 2009

MANEK URAI : Selamat Berbuka Puasa

Bagi yang berpuasa pada hari ini kerana menyahut seruan pimpinan parti yang menganjurkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari ini, GB ingin mengucapkan syabas dan tahniah serta selamat berbuka puasa.

GB mendapat makluman seruan ibadan puasa sunat tersebut telah disambut dengan gembira oleh kebanyakan ahli dan penyokong PAS di seluruh negara hari ini.

Di beberapa tempat, terdapat PAS Kawasan-kawasan dan cawangan-cawangan yang menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama.

Apa yang ditunjukkan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS pada hari ini jelas menunjukkan kesungguhan dan iltizam yang tinggi supaya PAS dan Pakatan rakyat memenangani pilihanraya kecil N41 Manek Urai Kelantan yang akan berlansung pada hari Selasa ini, 14 Julai.

Bersempena dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai juga, pasukan kempen pilihan raya Dewan Ulamak akan menganjurkan satu "Munajat Jamaei Pilihan Raya Kecil N41 Manek Urai".

Menurut penganjur, program ini akan diadakan pada 13 Julai 2009 (Isnin) jam 3 pagi, bertempat di Masjid Manek Urai Baru.

Dewan Ulamak mengajak semua muslimin dan muslimat untuk hadir bersama.


Tiada ulasan: