12 Jul 2009

MANEK URAI : Kertas Putih RM 254 Biilion Wang Petronas Perlu Didedahkan

Kerajaan perlu menyediakan kertas putih untuk menjelaskan kepada Dewan Rakyat ke mana perbelanjaan wang Petronas berjumlah RM245 bilion sejak 2004 di bawah dua era perdana menteri.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kertas putih tersebut perlu disediakan kerajaan bagi menjelaskan kepada rakyat ke mana wang milik Petronas yang dibelanjakan kerajaan.

"PAS mendesak kerajaan menyediakan kertas putih mengenai jumlah royalti minyak tersebut. Dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak dan menyerah dokumen kepadanya.

"Rakyat berhak tahu ke manakah duit negara sebanyak itu dibelanjakan," katanya pada persidangan media di Markas Induk PAS hari ini.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempersoalkan wang royalti Petronas dbelanjakan kerajaan Malaysia semenjak 2004 sehingga 2009.

Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, royalti tersebut hak milik rakyat sepenuhnya dan mereka berhak mengetahui ke mana wang tersebut dibelanjakannya.

"Jumlah wang begitu banyak ia boleh digunakan untuk membina 254 universiti yang lengkap dengan segala prasarana dengan kos 1 billion setiap satu.

"Kalau bagi biasiswa ia boleh diberi kepada 2.5 juta pelajar dan menampung dari tahun satu sehingga mendapat ijazah pertama. Dan kalau nak bina hospital dapat disiapkan 254 buah, rakyat juga tidak perlu lagi membayar tol," katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Beliau juga hairan Perdana Menteri mengamalkan kaedah runding terus banyak projek dalam RMK9 termasuk pembinaan MRSM di Baling, Johor Bahru, UPSI, Istana Negara dan lain-lain lagi.

"Pembelian jet peribadi Perdana Menteri juga dilakukan secara runding terus sehingga mengakibatkan banyak berlakunya ketirisan dalam penggunaan wang kerajaan," katanya.

Oleh itu katanya, selepas pilihan raya kecil Manek Urai beliau akan menemui Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan isu RM254 billion.

Beliau juga mendakwa mempunyai dokumen yang berkaitan jumlah royalti untuk diserah kepada Perdana Menteri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Sallahuddin berharap royalti minyak dan gas kepada kerajaan Kelantan dibayarkan segera.

Katanya, wang royalti itu yang kini berjumlah lebih RM1 bilion sekiranya dibayar kerajaan pusat dapat digunakan bagi manfaat rakyat Kelantan.

Beliau juga mendesak kerajaan meminda Akta Petronas 1974 bagi membolehkan syarikat milik kerajaan itu lebih berdaya maju.

Oleh itu katanya PAS tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara tersebut.

"Sepatutnya menjadi prioriti kepada SPRM supaya tidak hanya aktif dalam isu lembu dan kereta saja di Selangor sahaja, tetapi laporan tentang royalti minyak mesti diberi perhatian segera.

"PAS akan tetap menggunakan isu ini sebagai senjata utama khususnya dalam hari-hari terakhir pilihan raya Manek Urai. Saya dalam tiga hari terakhir ini akan memaksimumkan ceramah isu ini," katanya.

Beliau juga berkata, satu road show akan diadakan selepas selepas tamat pilihan raya kecil Manek Urai, katanya. -harakahdaily

2 ulasan:

Samdol berkata...

Salam GB....
Duit dah lunyai jadi mana depa berani buat kertas putih duit keuntungan petronas tu. Depa boleh persetankan kehendak rakyat. Bagi depa rakyat tak perlu tahu.....

Tanpa Nama berkata...

RM 254 bilion tak banyak..kalu note Rm 1, satu kretapi penuh je..lebih kurang sama dgn 20 trailer..sapa tak mau duit..Pemimpin UMNO kebanyakkan jujur..