21 Jul 2009

Era Najib Altantuya : SPRM - Suruhanjaya Pelindung Rasuah Negara?

Talam dua muka, pilih bulu, hipokrit - itulah antara ungkapan yang disasarkan kepada polis dan SPRM oleh rakyat, pembangkang dan pemerhati politik. Terbaru: SPRM digelar Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia. Tuduhan terhadap SPRM bukan dibuat secara melulu.

Hakikatnya ialah Teoh mati kerana siasatan RM2,400 membabitkan EXCO Pakatan Rakyat Selangor. Malah ada bukti, saksi lain didera, dicaci dan diugut SPRM. Pada masa sama, SPRM membisu dan tutup mata terhadap kes penyelewengan oleh pemimpin BN.

Antara kes di Selangor ialah:
1. Skandal PKFZ yang menelan dana awam sehingga RM12.5 bilion
2. Hasil siasatan SELCAT, sebuah cabang Dewan Undangan Selangor yang mendedahkan Khir Toyo dan isterinya menyalahgunakan dana awam jutaan ringgit untuk, antara lain, melancong ke Disneyland di Amerika syarikat dan Paris serta Australia di samping menyalahguna dana Balkis.
3. Kerajaan Selangor mendedahkan Mantan MB Selangor itu membeli tujuh apartment mewah di Arab Saudi menggunakan dana kerajaan negeri secara mencurigakan
4. Pembinaan istana Khir Toyo yang dianggarkan RM23 juta ringgit di Seksyen 7 Shah Alam
5. Wakil BN bergegas menghabiskan peruntukan RM27 juta dalam tempoh dua bulan sebelum pilihanraya umum Mac 2008.

Ini hanya segelintir kes/aduan yang dilaporkan kepada BPR/SPRM di Selangor. Di peringkat nasional pelbagai aduan dibuat bersabit gejala rasuah dalam pembelian kapal selam dan peralatan lain semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.Namun SPRM dan polis diam seribu bahasa.

Puluhan lagi laporan mengenai penyelewengan kuasa dan rasuah politik membabitkan wakil BN dibuat di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan negeri lain, namun jawapan SPRM "masih dalam siasatan" atau "kes dibuang, tak ada bukti."

1 ulasan:

org memali berkata...

Kalau mahu tuduh menuduh org BN juga bolih mengatakan mungkin kematian Teoh untuk menutup skandal yg lebih besar atau sebagainya . Tapi itu bukan kerja BN untuk memikirkan perkara2 tersebut . Bukankah lebih baik biarkan pihak berkuasa yg menyiasat dan sebagai rakyat yg memberi amanah kepada mereka bertenanglah sehingga diketahui perkara sebenar .