21 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Sengketa PR Bukan Taktik Politik - Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim kononnya sengketa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sebagai mainan politik untuk menarik perhatian rakyat.

Menurutnya, apa yang berlaku bukanlah strategi atau taktik politik parti itu, tetapi sekadar bersikap terbuka dan telus dalam menangani isu-isu terkini.

Antara isu terkini yang dapat menyatukan ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat ialah kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock. Biarpun beliau bukan beragama Islam tetapi isu ini melibatkan kezaliman, dan kami sepakat mencadangkan supaya satu jawatankuasa bebas diwujudkan untuk menyiasat kematian itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan Pas Pusat, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim kelmarin yang mendakwa perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sedangkan ia hanya taktik raih perhatian rakyat.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pesuruhjaya Pas Kedah merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.:

Abdul Hadi berkata, isu berkenaan tidak dipolitikkan seperti yang didakwa, tetapi pihaknya mahu menegakkan keadilan.

“Kes tersebut menunjukkan adanya kelemahan dalam jentera pentadbiran dan perlu disiasat dengan adil dan telus,” katanya.

Abdul Hadi berkata, perjumpaan dua hari itu antara lain membincangkan mengenai ucapan dasar yang diluluskan dalam Muktamar lalu dan lawatan kerja ke Kedah untuk melihat pembangunan di negeri itu.

“Apa yang diluluskan pada muktamar lalu telah dibangkitkan untuk mengukuhkan jentera parti termasuk persiapan awal berdepan dengan pilihan raya umum akan datang,” katanya:.

Mesyuarat turut bersetuju menubuhkan jawatankuasa penilaian untuk membuat analisis mengenai keputusan pilihan raya kecil di Manek Urai 14 Julai lalu.

“Menteri Besar turut memberi taklimat mengenai pembangunan yang telah dicapai termasuk kejayaan Pakatan Rakyat Kedah di sini, antaranya projek penapisan minyak Hub Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH), pelaburan, dasar tender terbuka, termasuk masalah dalaman Pakatan Rakyat Kedah yang berjaya diselesaikan,” katanya.

Tiada ulasan: