21 Jul 2009

Era Najib Altantuya - Lagi Desakan Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasatan Kematian Teoh

Satu suruhanjaya khas wajar diwujudkan bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teo Beng Hock.

Pengerusi MCA Terengganu, Toh Chin Yaw berkata, langkah itu penting kerana rakyat mahu mengetahui punca sebenar kematian pemuda yang menjadi saksi siasatan dakwaan penyalahgunaan peruntukan Kerajaan Negeri membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Selangor.

Menurutnya, selain menjelaskan punca kematian, siasatan melalui penubuhan suruhanjaya itu juga mampu membantu membersihkan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes itu supaya tidak dipandang serong.

“Oleh itu, saya rasa memang wajar diwujudkan suruhanjaya khas ini kerana pelbagai andaian dan spekulasi timbul sejak berita kematian Beng Hock tersebar, selain boleh membersihkan nama baik SPRM.

“Orang ramai boleh membuat andaian tersendiri, saya juga boleh melakukannya, justeru, bagi memuaskan hati semua pihak elok suruhanjaya khas ini yang membuat siasatan kes berkenaan,” katanya semalam. -SH


Tiada ulasan: