Anggota polis berkenaan didakwa enggan menunjukkan kad kuasanya dan juga waran tangkap serta menayangkan senjata api sewaktu menahan pelajar terbabit berhubung kes contengan "bini puaka" Rosmah Mansor dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah, hujung bulan lalu.
Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Hilman Idham berkata tindakan tidak toleran pihak berkuasa boleh mengundang ancaman khususnya kepada kumpulan aktivis pelajar.
“Apa yang dilakkan oleh pihak berkuasa polis adalah toleren dan tidak profesional. Perkara ini menuntut satu penjelasan dan tindakan oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap pelaksanaan kualiti perundangan yang menjamin kestabilan dna keharmonian rakyat Malaysia.
“Memorandum adalah hasil gabungan daripada tiga kes tangkapan yang telah dilakukan pihak polis terhadap aktivis mahasiswa. Tujuan utama adalah bagi mendedahkan sikap tidak professional dan tidak toleran polis dan penyalahgunaan kuasa pihak polis dalam menjalankan tangungjawab, justeru memorandum ini adalah sebagai bukti kesungguhan mahasiswa dalam memperjuangkan hak.
Dalam pada itu, dua pelajar terbabit yang juga aktivis Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Ong Jing Cheng dan penyelaras pelajar Dema Yap Heng Lung melahirkan rasa bimbang kepada Suhakam atas tindakan polis terhadap mereka ketika ditahan reman..
“Sewaktu ditahan saya dimarah beberapa kali untuk menghubungi peguam, itu yang pertama, yang kedua semasa dalam proses soal siasat saya melihat seperti terdapat satu ‘hidden’ agenda terhadap penahanan saya.
“Mereka juga tanya mengenai ISA dan saya diberitahu jika saya turun lagi ke demontrasi, kemungkinan besar saya akan dibawa balik ke dalam lokap.
“Selain itu mereka juga sering bertanya mengenai API (Akademi Pengajian Islam) seperti seolah-olah mahu mengambil tahu mengenai kes (contengan "bini puaka") itu.
“Ada satu tatktik baru pihak polis apabila menahan orang, mereka akan bawa dan terus tahan reman selama empat hari. Itu nampak ada satu cara yang baru kepada penahanan-penahanan. Contohnya saya di tahan dan di reman sebelum buat apa kenyataan. Namun mujur akhirnya majistret benarkan dua hari sahaja. Dahulu tidak berlaku, tapi bertukar selepas pemerintahan yang baru,”katanya.
Setelah menerima memorandum tersebut pihak Suhakam berjanji akan membantu dengan membawa permasalahan berkenaan kepada pihak yang berwajib.
“Sebenarnya hak asasi adalah juga hak penting, oleh sebab itu diwujudkan SUHAKAM di akta Parlimen dan kita akan ambil kira perkara yang dibangkitkan yang berasaskan hak asasi manusia.
“Kita akan kaji dan akan mendapat pandangan daripada pihak yangberkenaan untuk membolehkan kita membuat perbandinganda daripada beberapa pandangan,” katanya. -TVA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan